hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20131231

Goodbye 2013

percaya tak percaya tinggal berapa minit je lagi tahun 2013 ni nak tinggalkan kita . and yes , welcome 2014 !

walaupun aku ni jarang update , tapi time-time macam ni aku jadi ade mood nak update . haha . sebab aku suka imbau balik kenangan dan memori suka duka hidup aku sepanjang tahun ni . bukan ape , kadang-kadang benda macam ni yang jadikan hidup kita ni lebih bermakna . tak best la kalau hidup ni kosong sunyi sepi , takde jalan cerita kan .

aku nak review balik sepanjang tahun 2013 ni .


awal tahun 2013 haritu , aku mulakan dengan stress . ye , aku rasa tahun 2014 ni pun aku mulakan dengan stress . haha . lepastu , slow-slow aku masuk dalam situation tu . aku cuba blend dan adapt semuanya . then , hidup aku berubah . dari stress kepada gembira melampau ! no doubt . tapi , siapa sangka panas tak selalunya sampai ke petang , hujan di tengah jalan . yes , lepastu aku jatuh ! aku kalah dengan diri aku sendiri . aku lemah , aku tak boleh nak bangun . time ni aku bersyukur sangat sebab aku ade kawan-kawan yang sayangkan aku bagi aku support .

lepastu , aku belajar perlahan-lahan , aku keluar dari kepompong tu . aku tentukan hidup aku sendiri , aku pilih untuk hidup . sebab hidup kita ni kita pilih samada nak bahagia atau derita . aku create kenangan aku sendiri . senang je , bila kita jatuh kita kena bangun . percaya kat diri sendiri . 

lepastu aku jadi sibuk gila ! time ni macam 24 jam pun tak cukup untuk 1 hari . pagi petang siang malam aku ke sana sini . suddenly life aku change kot . dari aku bila balik kelas je mesti tidur sampai malam . terus tukar jadi malam baru tidur sebab siang takde masa nak tidur . haha . nampak tak perubahan yang baik tu . 

kemudian , hidup aku berjalan seperti biasa . takde perkara-perkara yang buat aku sakit jantung . part paling best untuk aku tahun ni , banyak benda-benda yang aku tak sangka tapi jadi dalam hidup aku . masa birthday aku , orang wish dekat aku semua aku tak expect . dan last sekali impian aku nak pergi sabah tertunai jugak . oh ye , big kelas aku pun aku rasa sem ni paling best . sebab time ni aku jadi rapat dengan semua orang . first time dalam hidup aku , aku berjalan utara selatan semenanjung malaysia . haha . thanks dekat adik-adik aku sebab sorang belajar kat perlis sorang lagi kat johor .


tapi , dalam bahagia ade derita jugak kan . aku sedikit kesal sebab tahun ni aku naik turun . aku tak pegang pada jati diri aku sendiri . banyak benda yang aku buat ikut cakap orang . oh ye , paling aku sentap bila ade janji yang aku tak tunaikan . aku rasa sebab kesilapan aku ni , bukan 1 hati je sakit , tapi banyak hati yang aku kecewakan . cuma aku tak pasti tu memang salah aku atau bukan . tak semua benda yang kita rancang tu jadi , sebab Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baiknya .

semoga tahun 2014 ni buka lembaran baru dan sejarah baru untuk aku . semoga lebih banyak memori bahagia yang aku cipta . semoga aku berubah jadi yang lebih baik . semoga Tuhan atur yang baik-baik saja untuk aku . sebab semalam adalah sejarah yang dah berlalu , harini kenyataan yang aku kena hadap , dan esok adalah masa depan yang aku perlu corakkan .

pen-off .

20131122

Kem Pentauliahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah (KRS)

sejak aku buat prinsip baru dalam hidup aku , sebulan sekali mesti ade entry at least satu , maka aku gagahkan juga kerajinan aku untuk menaip. haha .

sebenarnya cerita ni dah lama tau, tapi since baru minggu ni aku ade free time , cuti sekolah pun dah bermula , so aku update la cerita ala - ala sekolah ni . nak imbau kenangan sem yang baru habis ni sebelum aku masuk sem baru tahun depan kan .

so , cerita ni macam ni , tahun ni kan , aku dah start kena ambil 1 paper kokurikulum , yang mana unit beruniform . tapi tak boleh pilih macam zaman sekolah dulu . kali ni diorang bagi ikut kelas je . so tak semena - mena aku dapat Kadet Remaja Sekolah (KRS) . sem sebelum ni kitorang dah belajar semua benda secara amali dan praktikal kat maktab .

sebagai nak penuhkan syarat sem ni , kitorang wajib ikut satu kem atau pun perkhemahan selama 4 hari 3 malam . kat kem ni , kitorang kena buat macam - macam ujian secara praktikal . kira based on yang dah belajar sem sebelum ni la kan .

perkhemahan kali ni buat kat D'Alam Damai Campsite , Chenderiang , Tapah . kem ni dekat dengan kem plkn . tapi kan , honestly , time datang je kem ni , rasa nak nangis weh . sebab tanah lapang ! lapang sangat dengan rumput dan pokok je . pastu ade pondok - pondok macam dah nak roboh yang diperbuat dari buluh . nasib ade 1 dewan terbuka kat tengah tu .

lepas sampai tu , kitorang dirikan khemah . rehat - rehat je hari first tu .

okay , masuk bab toilet . cuba korang bayangkan toilet dan shower dia buat pakai kanvas je ? balut kat tiang - tiang . air pula air gunung tadah dalam tangki air yang hitam tu . tandas ade pintu tapi takde lock . haha . sedih tak sedih ? tapi , ni la cabaran orang pergi kem kan .

so sepanjang kem ni kan , macam - macam ujian kitorang lalu . seperti kerohanian , kawad , orientaring , ikatan , pertolongan cemas , gajet dan paling best jungle tracking with masakan rimba .






hari keempat tu , dimulakan dengan raptai majlis penutup dan once vip tu sampai , terus mula . biasalah ade nyanyi lagu , ucapan sikit , dan paling best , penganugerahan pangkat tu ! pakat pasang kat bahu masing - masing .




nasib baik , semua lulus dan dapat LEFTENAN MUDA . kalau tak balik tu mesti ade yang panas hati . haha . bagi aku , mungkin aku akan sambung untuk peringkat yang seterusnya . eh !


SELAMAT BERCUTI !

pen - off .

NOTA KAKI : bila lambat update , biasanya aku lupa ape yang dah berlaku , so aku type ape yang aku mampu ingat jelah eh . haha .

20131024

Manusia - Aidzam



Manusia itu umpama lalang
Jika ditiup ke kanan
Ia pasti ke kanan
Jika ditiup ke kiri
Ia pasti ke kiri
Tidak tegak pada satu paksi.

Manusia itu umpama kain putih
Dilakar dicorak diwarna oleh pengalaman
Jika lurus jalannya putih warnanya
Jika bengkok jalannya hitam warnanya
Jika lubang jalannya tompok kainnya
Kain tidak selalunya kekal putih.

Manusia itu umpama jelmaan bagi sesuatu
Mampu menjadi pemadam memadam segala kesedihan
Mampu menjadi lilin menerangi segala kegelapan
Mampu menjadi pensil melakar segala kenangan
Mampu menjadi belon mewarnai segala kebahagiaan
Juga sebuah pisau yang menghiris derita.

Punya lima angan-angan
Punya empat impian
Punya tiga rasa
Punya dua hati
Punya satu hakikat
Manusia tetap manusia. 

oleh : aidzam



NOTA KAKI : aku sengaja post benda ni harini sebab harini hari paling bermakna untuk hidup aku . hari di mana aku akan ingat selamanya . hari pertama aku  buka mata aku , melihat dunia 21 tahun yang dulu . sebagai hadiah , aku abadikan catatan aku di sini . pertama kali aku berkarya , yang dimuat naikkan ke dalam zine . aku berkarya bukan kerana minat , tapi kerana aku catat ape yang aku rasa .

20131018

BIG Semester 4 : Program Anak Angkat


NOTA KEPALA : entry ni sangat panjang , tapi silalah baca juga .

aku memang suka membasikan cerita . ni memang perangai aku bila menaip entry hanya bila mood aku rajin . bila aku malas , aku ketepikan je blog aku ni sampai lah berhabuk - habuk .

okay . yang atas tu mukadimah je . bawah ni baru cerita sebenarnya . haha .

untuk pengetahuan semua , proforma kat maktab , every sem kau wajib kena ambil Bina Insan Guru . tapi , yang ni carry mark . so , nak taknak setiap sem wajiblah buatkan . so , for semester 4 ni , kitorang diarahkan untuk buat Program Anak Angkat . kelas aku (maths) dan kelas sains combine . kitorang buat di Kampung Kuak, Lenggong selama 3 hari 2 malam .


masa hari first tu , kitorang bertolak dari ipg dalam pukul 10 pagi sebab bukan jauh sangat pun . then , sampai sana lebih kurang pukul 11.30 macam tu . terus letak barang kat dewan , then pergi rumah mak cik som . mak cik ni ade katering sendiri . time kitorang sampai tu , mak ayah angkat sekalian tengah bergotong-royong masak lunch untuk kitorang .



so , sebagai anak angkat yang mitahli , kitorang pun merajinkan diri membantu . lunch hari tu memang super awesome aku cakap ! tak pernah seumur hidup aku makan ikan talapia bakar yang kepala dia saje dah besar tapak tangan aku . hari tu memang murah gila rezeki . sebab setiap sorang sampai dapat sental 2 3 ekor talapia tu . haha . so sambil melantak tu , yang lelaki pergi solat jumaat . yang tak solat tu tolong goreng bihun pula untuk minum petang nanti .


dalam pukul 3 macam tu , kitorang kumpul balik kat dewan untuk majlis perasmian . kedatangan kitorang ni disambut oleh bebudak sekolah agama kat situ . so lovely ! masa ni lah ade sesi penyerahan anak angkat . kitorang dibahagikan kepada 3 orang setiap rumah . muka semua nampak terkejut sebab tak kenal lagi dengan mak ayah angkat kan . masa sesi minum petang tu , baru lah nak sembang kenal - kenal . tapi muka semua nampak suci dan pekerti pun mulia lagi time tu . haha . lepas minum petang dan suai kenal , semua anak-anak ikut mak ayah balik rumah masing-masing .


malam hari first tu sepatutnya dalam jadual ade ldk , tapi semua kemalasan . so , buat ldk kat rumah masing - masing je . untuk family aku , malam tu lepas makan malam dan beli barang sikit , kitorang keluar pergi pekan kuala kangsar . ambil angin malam . perjalanan lebih kurang 30 minit jugak . masa sampai kuala tu dah pukul 10 malam . sempat lah singgah Istana Iskandariah . nak masuk , abang guard tu kata datang malam tak boleh masuk , kalau nak datang siang . sudahnya dapat tangkap gambar kat luar pagar istana pun jadi lah kan . lepastu , lepak mamak sampai pukul 1 malam baru balik rumah . hehe .


esok pagi-pagi tu hujan lebat . start lepas subuh je semua orang dok pakat call mesej aku nak tanya event pagi tu . punyalah aku stress . kacau tidur aku sungguh ! haha . * maklumlah , pengerusi kali ni memang pemalas sikit ye anak-anak * so , sebabkan hujan , dengan segala hormatnya aku cancelkan semua event . horay !

tapi , tapi , akak angkat ajak kitorang pergi pasar beli barang untuk masak makan tengahari nanti . lepas breakfast tanpa mandi , terus semua masuk kereta . haha . so , dekat pasar lenggong ni , kitorang beli ikan , sayur , dan manggis !

balik tu , terus cepat-cepat kitorang masak untuk lunch . dah siap tu , dengan tak menyempat-nyempat , terus capai towel bawak manggis sekali masuk kereta . oleh sebab tempat family angkat kitorang ni kat lenggong , keliling tu semua gunung bukit . so memang banyak lah air terjun dan sungai untuk mandi-manda . we decided to go lata papan . tempat ni tak ramai orang luar tau sebab nak pergi dia kena jalan kaki ikut rumah sorang pakcik ni .


mandi kat situ dalam sejam je , kena balik cepat-cepat sebab nak pergi lenggong . ade event ape ke benda entah . aku pun lupa dah . haha . tapi , lata papan ni memang terbaik lah ! sebab ade slide kat situ . kau boleh gelongsor dari atas terus turun bawah . then , petang tu balik dari lenggong , kitorang minum petang kat kuala kangsar pula . makan laksa dan abc weh ! padahal time tu diorang semua berkumpul kat rumah mak som prepare untuk bbq . pengerusi sedap berjalan ! haha .



malam tu pula kan , perkara yang ditunggu-tunggu pun tiba . malam bbq ! majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi program dan last sekali ucapan adun lenggong . then ,ade sikit persembahan dari kitorang , follow up dengan makan-makan . sumpah makanan malam tu banyak yang tak habis sebab dah terlampau banyak . mak ayah angkat sponsor . siap kitorang tapau bawa balik buat sarapan esok ! haha .



sebagai malam terakhir kitorang dengan family angkat , adelah buat game sikit pukul 12.00 malam tu . memang sempoi lah makcik pakcik kat sini sebab sudi layan kitorang main tengah malam . haha .


the next day tu pula , adalah majlis penutup . majlis ni simple tapi penuh syahdu bagi aku . time ni ade yang menitikkan air mata . walaupun baru jumpa dan kenal , tapi bagi aku rasa sayang tu sangat mendalam .


last but not least , aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk rasa semua ni . semoga ukhwah yang kitorang cipta ni kekal sampai jannahNya .

* anak-anak abah *

pen - off .

20130909

Monday Quote #9


what you get by achieving your goals is not as important as what you become by achieving your goals . wherever you are - be all there .

pen - off .

20130808

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

saatnya meraih rahmat dan ampun-Nya untuk lisan dan sikap yang tak terjaga . mohon dibukakan pintu kemaafan yang sebesar - besarnya . semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci dan termasuk dalam kalangan orang - orang yang mendapatkan kemenangan . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . MAAF ZAHIR & BATIN .


pen - off .

20130805

IFTAR sepanjang ramadhan 2013

bila bulan puasa ni , mulalah berpusu - pusu semua makhluk kat muka bumi nak berbuka sama - sama . time tu lah jugak nak buat reunion , time tu jugak nak buat gathering , time tu jugak nak buat macam - macam .

disebabkan sebelum ni aku mengalami kekangan dari segi kewangan ( alasan tipikal sebelum elaun masuk ) . haha . maka aku had kan nafsu makan aku tu . aku kawal diri aku . sudahnya setiap hari berbuka kat surau maktab aku . part ni pun best . sebab makan ramai - ramai dalam talam . banyak kali jugak tak dapat makanan . tapi takdelah sampai aku nak nangis hentak kaki kan . be cool bebeh !

memandangkan rumah aku pun tak berapa nak jauh dari maktab , so bila weekend aku jadi kaya ! balik buka kat rumah jelah wei . lebih jimat , lebih lazat . haha .

first time aku buka selain dari 2 tempat pujaan aku ni ialah kat rumah kawan aku . dah plan lama benda ni . ingat nak ade semua 8 orang . tapi ade yang mengalami kekangan , so tinggallah kami berenam . tujuan utama dia ialah nak imbau kenangan puasa , buka , terawih bersama macam zaman sekolah dulu - dulu . hehe . sweet kan kami ?


pergi rumah orang tapi buat perangai macam kat rumah sendiri je . haha . serious time ni semua refresh balik memori lama . cerita itu ini . gaduh itu ini . rindu zaman remaja katakan .



bila dah dapat elaun tu , tetiba terus jadi kaya . haha . hari yang masuk elaun tu jugak nak keluar buka kat luar . lagipun kawan aku yang dari sabah sarawak tu nak balik keesokkan harinya . kami decided iftar dekat ayam penyet , de garden .



so , this is the menu . sebab nak makan 6 orang , so we decided ambil sikit - sikit . makan boleh kongsi - kongsi . kalau order sorang satu nampak macam ghairah sangat pulak kan nanti . haha .


nasi putih
ayam penyet
popiah
sup sayur
udang berlada
gado - gado
fruit juice with bubbles 
RM 13.70 + + + 


penutup iftar aku untuk ramadhan tahun ni , berbuka dengan budak - budak kelas aku . ni semua plan last minit . plan asal nak buka dengan schoolmates aku . suddenly boleh pulak ketua kelas ajak semua orang keluar buka petang tu . so , aku dengan gagah terus survey tempat .


survey punya survey , sampai rasa nak nangis sebab suddenly all places upgraded their price . kami jumpa buffet paling murah pun RM 24.90 all in . sudahnya , bincang punya bincang buat keputusan nak buka kat Grand Ballroom Syuen Hotel for RM 29.90 all in per person .



so far , makanan yang disediakan banyak choice sebab dia buat stall - stall . limit time sampai 9.30 malam . sudahnya aku sebat 3 4 kali . makan , solat , makan balik . haha . sampai bila nak balik , drive kereta pun rasa macam perut sangkut kat stereng .

pen - off .

NOTA KAKI : aku jarang menaip , so bila aku menaip aku gabungkan semua cerita dalam satu entry .

20130614

redha atau sekadar pasrah ?

kita selalu merancang itu dan ini . kita selalu mengimpikan yang indah - indah . kita selalu memikirkan masa hadapan . kita selalu tanamkan impian yang menggunung . kita selalu sematkan harapan yang bertimbun . kadang kala sampai menjangkau sesuatu yang mustahil .

tapi , kita lupa ada di atas sana Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam yang berkuasa menentukan segalanya . kita lupa bila kita merancang , Dia juga merancang . kita lalai pada takdir yang dah tersurat . kita bongkak . kita riak . kita ingat perancangan kita yang terbaik . hakikatnya , perancangan Dia yang kekal .

bila apa yang kita rancang , bila keinginan kita tak tertunai , bila impian hancur berkecai , atau bila kita ditimpa sesuatu yang tidak kita jangkakan . kita salahkan Dia . kenapa ?

bila itu terjadi , kita sering dengar ungkapan redha . aku redha . ye , memang benar . aku tahu amat berat untuk kita terima segalanya . bukan mudah kalau hati tak cukup kuat . kalau hati tak tekal . kalau kita sandarkan segalaNya pada Allah , kita mampu ! takde yang mustahil . sakit mane pun dia , tetap akan sembuh . jatuh bangunnya kita , susah senangnya kita , bahagia deritanya kita , disayangi disakitinya kita , atas kehendakNya . 

jangan terlampau tipikal . bukan isu dalam perhubungan kita sesama manusia saja . bila terlepas atau ditinggalkan . kadang , isu kehidupan kita juga . bila ape yang kita nak kita tak dapat . bila kita dah usaha , tapi hasilnya tak setimpal . bila cita - cita kita tak kesampaian . bila kita ditimpa musibah .


biar sekeliling melihat senyuman itu , tapi belum pasti hati turut tersenyum sama seperti wajah .

betulkah aku redha atau sekadar pasrah ?

redha tu bila kita benar - benar ikhlas menerima segala ketentuan qada' dan qadar . bila hati tanpa ragu - ragu menerima perancangan Tuhan untuk kita . bila kita tidak mempersoalkan apa - apa sekalipun . tapi , kita masih boleh mengubah takdir tu untuk takdir yang lain . redha bukan bererti mengalah . redha tu tekad . tekad pada janji Allah . redha tu bukan putus asa atau putus pengharapan .

tapi , bila kita menerima sesuatu tu dengan hati yang terpaksa , itu pasrah namanya . bila kita bersoal jawab itu ini mengapa bagaimana . bila kadang kala kita menyalahkan takdir . bila mana kalau itu wujud dalam kotak fikiran . bila kita menyangkal segalanya . pasrah itu menerima kerana lemah . 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah , 2:117)

apa jua yang terjadi atas izinNya . percaya pada takdir . susah betul nak tanam dalam hati keyakinan yang satu tu . terkadang hati tak redha pada ketentuanNya . tapi , pasrah dalam ketakrelaan .

pen - off .

20130606

Fakta #1 : kawan VS couple

kita tak pernah minta pun nak kenal dengan seseorang atau sesiapa . kita tak pernah rancang atau minta pun nak jumpa atau berkenal dengan seseorang . siapa bagaimana , we don't know .

tapi , selalunya dalam hidup ni , kita akan jumpa macam - macam orang . kita akan kenal dengan ramai orang . kita akan sayang dengan sesetengah orang . dan kita akan jatuh cinta dengan orang tertentu .

okay . aku pendekkan cerita :

pernah tak kita rancang nak kenal dengan someone ni ? tak pernah kan . tapi , kita terkenal dia . terjumpa dekat mana - mana ke . lepas tu , kita spend time kita dengan dia . talk about anything . then , kita rasa selesa dengan dia . kita sayang dia . tak lama lepas tu kita jatuh cinta dengan dia .

selalunya relationship ( fokus kepada lelaki dan perempuan ) akan start dari kawan . dari kawan kita mula sayang dia , lepas tu couple dengan dia . mula bercinta . bila bercinta tu , tau jelah . macam - macam benda nak jadi . lalu macam - macam . lastly , break - off !

hye ! common lah . tu bukan end of your life . cuma , yang aku sering pelikkan dengan dunia ni , is kenapa masa kita berkawan , we can share everything . rasa segalanya . gembira , bahagia . then , bila couple mula cemburu , kena jaga hati dan sebagainya . bila break - off pula , macam strangers ! macam tak pernah kenal satu sama lain . mula membenci .  padahal dari strangers , kita boleh layan dia macam kawan baik kita . dari kawan baik kita , dia boleh jadi kekasih hati kita , tapi dari kekasih hati , akan jadi stranger balik . nampak tak permainan kat situ ? * sampai sekarang aku sering perhatikan situasi ni * susah sangat nak jumpa dari couple jadi kawan .


so , aku buat kesimpulan , lebih baik berkawan dari bercinta . betul tak ? sebab ape ? sebab bila kawan kau takkan break - off . so , korang takkan jadi strangers . haha . * fakta aku *

tapi kan , macam tu juga kalau kawan . kadang - kadang satu masa kau baik gila dengan dia . share everything . lepas tu , tiba - tiba korang jadi stangers .

semua tu normal . tak kiralah lelaki ke perempuan ke . hakikatnya , tak semua orang yang kita sayang tu , yang paham kita tu akan kekal dengan kita . ade sesetengah orang tu boleh kekal dalam hati kita tapi , tak boleh kekal dalam hidup kita .

lumrah alam . tapi , jangan sesekali menyesal ! jangan menyesal bila kita pernah kenal dia , jumpa dia . sebab , ade sebab kenapa Allah bagi kita kenal dia , jumpa dia . kan ? kita tak minta tapi ia jadi . macam mane tu ? maknanya Allah memang nak kita jumpa kenal dia . tapi , Allah taknak kita dengan dia . makanya peluang tu ade tapi untuk sementara . mungkin kehadiran dia yang sementara tu untuk mengajar kita erti hidup ni . bagi pengalaman dekat kita . kalau kita menyesal kenal dengan dia , maknanya kita salahkan takdir . kita salahkan Allah . setiap benda yang jadi tu , ade hikmahNya . cuma kita manusia ni selalu tak perasan .

berjumpa , bertemu , berpisah , jodoh , ajal , maut semua tu ketentuan Tuhan . kita hanya mampu untuk merancang , tapi Allah yang tentukan samada sesuatu benda tu terjadi ataupun tak . segala sesuatu adalah atas kehendakNya .

pen - off . 

20130524

PBS 3

aku memang lah teruk ! actually kan , ni cerita sebelum cuti sekolah yang sebelum ni . ala , a week before cuti bulan 3 hari tu . tapi , sekarang dah cuti bulan 5 pun . and why baru sekarang nak update kan ? haha .

time tu batch aku , berpusu - pusu buat pbs kat sekolah pilihan sendiri . pbs stand for Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk sem 3 . yang mana pbs kali ni ikut subjek minor aku , iaitu PJ ataupun pendidikan jasmani .

but , disebabkan aku terlampau sibuk dengan hectic life aku yang tak putus - putus . macam - macam benda aku harus buat dan lalu , maka aku sampai takde mase nak update this story kat blog . kfine ! out of date punya story . haha .

so , dipendekkan cerita , this sem aku masih mengamalkan prinsip aku buat pbs kat tempat sendiri , which is ipoh . haha . actually , want to do at my friend home , but macam mane entah ade masalah last minit aku boleh pulak ter-return buat kat ipoh balik . so , i choose to do at this school .


ye , ye . memang aku seorang sahaja wanita dalam kalangan lelaki - lelaki ini . haha . bak kata orang , the only lady among the boys ! tapi , mereka semua tu classmate aku ye . sila jangan bersangka buruk padaku .

the bad is , lelaki itu tidak tahu yang aku buat pbs dengan mereka . boleh pula diorang bagitau kat guru besar , hanya diorang 4 orang je yang buat pbs kat situ . jenuh gb tu tanya , bukan ade seorang perempuan ke ? and they said no , only them .
ni kes amat kejam . memang mereka terkejut beruk yang amat sangat apabila melihat aku kat situ . as i said before , kan sepatutnya aku buat kat tempat lain . suddenly tukar , siapa tahu , right ?

dalam kepala otak aku , pbs kali ni mesti bosan macam pbs yang sebelum ni . makan , tidur , sembang je kerja . entah macam mane , pagi isnin tu jugak , abang opis boy datang kat kami , bawa 5 keping jadual kelas . sejujurnya , kami ingat mungkin ni jadual kelas yang ade pj period yang kitorang boleh observe kan . unluckyly dia cakap , ni jadual yang perlu direliefkan , sila ambil sorang satu . EH ! apekah ini ?


ha , yang kena highlighted tu adalah wajib direliefkan . sekali tengok , dah macam cikgu sekolah ni pulak kan . haha . dengan jadual sorang satunya , maka kena masuk kelas sorang . nak suruh orang teman , mereka pun ade jadual sendiri . selama ni aku pbs , belum pernah sekalipun aku kena relief kelas . selalunya aku observe tengok cikgu mengajar je . hopefully , the first time will be okay . lol ! 


keluar sana , masuk sini . turun tangga , naik tangga . masuk kelas , keluar kelas . nak ke jamban pun tak boleh . hakhak ! nasib aku half - half . ade kelas yang aku masuk bagus , dan ade kelas yang aku masuk , aku pegang pembaris pun diorang takmau nak duduk diam , buat kerja . macam kelas darjah 3 ni :



sebab nak tangkap gambar , semua pose baik . menyampah cikgu tengoknya ! ekeke . kawan aku terpaksa teman aku masuk kelas ni , untuk tolong aku kawal diorang . ni gambar cikgu dengan anak murid eh , bukan gambar keluarga , mak bapak dan anak - anaknya yang ramai , bak kata one of my friend .


gambar kami berlima conduct kelas yang berbeza . ade yang baik , ade yang tak . nampak tu , aku siap angkat pembaris lagi . haha . lol ! tapi , aku tak pukul dia pun . cuma berlakon bagi dia gerun je .


bagi aku , jujur aku kata , pbs kali ni paling banyak makna untuk aku . macam - macam pengalaman aku dapat dalam masa 5 hari ni . pernah kau jerit sampai nak terkeluar anak tekak , tapi takde seorang pun nak dengar ? pernah kau perbodohkan orang dengan kata ayam KFC tu tak elok ? pernah kau buat lagu kat sendiri tapi takde rentak , suruh orang ikut kau nyanyi ? dan pernah kau tengok orang buka seluar dalam kelas depan mata kau sendiri ? ni perangai anak murid aku !


2 arif ni kelas favourite aku . budak - budaknya sumpah tak boleh cakap perangai diorang macam mane . sampai kan dalam mase 2 hari , nama setiap seorang dalam kelas ni aku dah hafal . akibat banyak sangat panggil diorang kan .

tak susah nak jadi seorang guru , yang susahnya nak jadi seorang pendidik . 

pen - off .

NOTA KAKI : kebanyakkan gammbar ni aku ambil dari instagram aku .

20130429

Monday Quote #8


sometimes silence is more meaningful than to speak because not all words can be adopted by others . silence is a source of great strength .

pen - off .