hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20131018

BIG Semester 4 : Program Anak Angkat


NOTA KEPALA : entry ni sangat panjang , tapi silalah baca juga .

aku memang suka membasikan cerita . ni memang perangai aku bila menaip entry hanya bila mood aku rajin . bila aku malas , aku ketepikan je blog aku ni sampai lah berhabuk - habuk .

okay . yang atas tu mukadimah je . bawah ni baru cerita sebenarnya . haha .

untuk pengetahuan semua , proforma kat maktab , every sem kau wajib kena ambil Bina Insan Guru . tapi , yang ni carry mark . so , nak taknak setiap sem wajiblah buatkan . so , for semester 4 ni , kitorang diarahkan untuk buat Program Anak Angkat . kelas aku (maths) dan kelas sains combine . kitorang buat di Kampung Kuak, Lenggong selama 3 hari 2 malam .


masa hari first tu , kitorang bertolak dari ipg dalam pukul 10 pagi sebab bukan jauh sangat pun . then , sampai sana lebih kurang pukul 11.30 macam tu . terus letak barang kat dewan , then pergi rumah mak cik som . mak cik ni ade katering sendiri . time kitorang sampai tu , mak ayah angkat sekalian tengah bergotong-royong masak lunch untuk kitorang .



so , sebagai anak angkat yang mitahli , kitorang pun merajinkan diri membantu . lunch hari tu memang super awesome aku cakap ! tak pernah seumur hidup aku makan ikan talapia bakar yang kepala dia saje dah besar tapak tangan aku . hari tu memang murah gila rezeki . sebab setiap sorang sampai dapat sental 2 3 ekor talapia tu . haha . so sambil melantak tu , yang lelaki pergi solat jumaat . yang tak solat tu tolong goreng bihun pula untuk minum petang nanti .


dalam pukul 3 macam tu , kitorang kumpul balik kat dewan untuk majlis perasmian . kedatangan kitorang ni disambut oleh bebudak sekolah agama kat situ . so lovely ! masa ni lah ade sesi penyerahan anak angkat . kitorang dibahagikan kepada 3 orang setiap rumah . muka semua nampak terkejut sebab tak kenal lagi dengan mak ayah angkat kan . masa sesi minum petang tu , baru lah nak sembang kenal - kenal . tapi muka semua nampak suci dan pekerti pun mulia lagi time tu . haha . lepas minum petang dan suai kenal , semua anak-anak ikut mak ayah balik rumah masing-masing .


malam hari first tu sepatutnya dalam jadual ade ldk , tapi semua kemalasan . so , buat ldk kat rumah masing - masing je . untuk family aku , malam tu lepas makan malam dan beli barang sikit , kitorang keluar pergi pekan kuala kangsar . ambil angin malam . perjalanan lebih kurang 30 minit jugak . masa sampai kuala tu dah pukul 10 malam . sempat lah singgah Istana Iskandariah . nak masuk , abang guard tu kata datang malam tak boleh masuk , kalau nak datang siang . sudahnya dapat tangkap gambar kat luar pagar istana pun jadi lah kan . lepastu , lepak mamak sampai pukul 1 malam baru balik rumah . hehe .


esok pagi-pagi tu hujan lebat . start lepas subuh je semua orang dok pakat call mesej aku nak tanya event pagi tu . punyalah aku stress . kacau tidur aku sungguh ! haha . * maklumlah , pengerusi kali ni memang pemalas sikit ye anak-anak * so , sebabkan hujan , dengan segala hormatnya aku cancelkan semua event . horay !

tapi , tapi , akak angkat ajak kitorang pergi pasar beli barang untuk masak makan tengahari nanti . lepas breakfast tanpa mandi , terus semua masuk kereta . haha . so , dekat pasar lenggong ni , kitorang beli ikan , sayur , dan manggis !

balik tu , terus cepat-cepat kitorang masak untuk lunch . dah siap tu , dengan tak menyempat-nyempat , terus capai towel bawak manggis sekali masuk kereta . oleh sebab tempat family angkat kitorang ni kat lenggong , keliling tu semua gunung bukit . so memang banyak lah air terjun dan sungai untuk mandi-manda . we decided to go lata papan . tempat ni tak ramai orang luar tau sebab nak pergi dia kena jalan kaki ikut rumah sorang pakcik ni .


mandi kat situ dalam sejam je , kena balik cepat-cepat sebab nak pergi lenggong . ade event ape ke benda entah . aku pun lupa dah . haha . tapi , lata papan ni memang terbaik lah ! sebab ade slide kat situ . kau boleh gelongsor dari atas terus turun bawah . then , petang tu balik dari lenggong , kitorang minum petang kat kuala kangsar pula . makan laksa dan abc weh ! padahal time tu diorang semua berkumpul kat rumah mak som prepare untuk bbq . pengerusi sedap berjalan ! haha .



malam tu pula kan , perkara yang ditunggu-tunggu pun tiba . malam bbq ! majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi program dan last sekali ucapan adun lenggong . then ,ade sikit persembahan dari kitorang , follow up dengan makan-makan . sumpah makanan malam tu banyak yang tak habis sebab dah terlampau banyak . mak ayah angkat sponsor . siap kitorang tapau bawa balik buat sarapan esok ! haha .



sebagai malam terakhir kitorang dengan family angkat , adelah buat game sikit pukul 12.00 malam tu . memang sempoi lah makcik pakcik kat sini sebab sudi layan kitorang main tengah malam . haha .


the next day tu pula , adalah majlis penutup . majlis ni simple tapi penuh syahdu bagi aku . time ni ade yang menitikkan air mata . walaupun baru jumpa dan kenal , tapi bagi aku rasa sayang tu sangat mendalam .


last but not least , aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk rasa semua ni . semoga ukhwah yang kitorang cipta ni kekal sampai jannahNya .

* anak-anak abah *

pen - off .

0 comments: