hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20130130

Wordless Wednesday #2


* terjumpa orang pakat share kat facebook , nak share dekat blog *

pen - off .

20130123

difference

manusia ni memang dah diciptakan oleh Allah berbeza - beza . yang paling ketara kita nampak ialah kita diciptakan berbeza . ada lelaki ade perempuan . lepas tu berbeza dari segi luaran macam rambut , tinggi , warna kulit dan lain - lain . tu yang paling ketara lah . haha . ade yang sikit - sikit beza tu korang cari sendiri jelah ye .

orang tua - tua selalu cakap , rambut sama hitam tapi hati lain - lain .

indeed ! kita manusia ni bila tengok dari luaran memang nampak sama , tapi sebenarnya setiap individu tu jauh berbeza . dari aspek luaran kita semua ada ciri luaran yang nampak sama . ada mata , hidung mulut kaki tangan . tapi , dalaman tu berbeza . sangat jauh berbeza . nak describe satu - satu memang susah sebab benda ni abstrak , kita tak nampak . kebiasaannya , tuan punya diri je yang tahu macam mane diri dia luar dan dalam .


kadang - kadang kita selalu lupa yang orang lain tak sama macam kita . kita ingat semua orang , sikap dan perangai dia macam kita . kadang - kadang kita lupa yang keperluan dan kehendak orang lain tu sama sekali berbeza dengan kita . bila kita terlampau memikirkan diri , hati dan perasaan kita , biasanya kita akan terlupa pasal orang lain .

kita selalu harap orang faham kita , tahu ape yang kita nak , beri ape yang kita perlu , layan kita seperti yang kita minta . hakikatnya , kita takkan dapat semua tu . sebab ? kerana mereka bukan kita ! maka , mereka juga tak boleh rasa seperti apa yang kita rasa .

disebabkan terlalu taksub dan fanatik dengan kesamaan , maka kita lupa pada perbezaan . bukan setakat orang lain tidak mampu memahami kita . tapi , kita sendiri tidak mampu untuk memahami orang lain . kita juga tak mampu nak beri semua yang orang lain perlukan . 

kadang - kadang , kat situ akan ada jiwa dan hati yang terkorban .

ni permainannya . bila berbeza , segalanya akan berbeza . matlamat juga berbeza . pasti ada yang kalah dan pasti ada yang menang . equal jarang berlaku melainkan persefahaman dan kesepakatan boleh dicapai melalui perbezaan tu . kecuali , ada hati dan jiwa yang mampu memahami perbezaan .

andai kata , hanya satu jiwa dan hati yang paham , tetapi tidak untuk satu lagi , lama mana hati dan jiwa tu mempu bertahan ? hasilnya , diri sendiri terluka demi melihat kebahagiaan orang lain ataupun orang lain terluka melihat kebahagiaan diri kita .

jadikan perbezaan yang wujud antara kita itu sebagai satu medium untuk saling melengkapi .

pen - off .

20130121

Monday Quote #7


sometimes we don't know what is the best for us now and later . but , we have time to look around , find , think and choose what it is .

pen - off .

20130118

hello new sem !

selamat tahun baru . 2013 ! say hello to new sem . haha . feelin so bad sebab cuti dah habis . rasa macam tak cukup je . patut tambah lagi sikit kot .

cuti yang 2 bulan tu , langsung tak bawa makna bagi aku . langsung takde ape yang aku buat sepanjang cuti . i meant benda yang bermakna dan bawa faedah dekat aku . sedar - sedar habis macam tu je . haiya . sebelum cuti dulu punyalah berazam nak kerja lah , nak buat itulah , nak buat inilah . hakikatnya , takde 1 benda pun dalam list tu yang aku buat . haha . yang aku tahu adelah menternak lemak dan menghabiskan duit .

walaupun aku agak lambat , dah 2 minggu kuliah bermula , tapi this is my latest timetable . actually kelas aku major sampai petang . tapi , kemalasan yang melampau telah menyebabkan kitorang sekelas sepakat ubah mane yang patut . maka , ade beberapa hari je habis petang . kalau semua habis tengahari , lagi heaven ! haha .


MTE3105 : resos dalam matematik
MTE3106 : statistik
PJM3106 : anatomi dan fisiolagi
PSK3101 : pendidikan sivik dan kewarganegaraan
EDU3104 : pengurusan bilik darjah
WAJ3106 : hubungan etnik
WAJ3110 : kokurikulum unit beruniform

this sem aku kena ambil 7 subjek je . macam sikit kan ? haha . math ade 2 sebab aku kan major math . minor first aku is pendidikan jasmani and second minor aku sivik ! nampak tak semangat aku tu ? haha . tak lupa jugak sem ni ade koku . tetiba je aku kena masuk krs antara suka dan paksa rela . tak pernah - pernah aku join krs ni .

may Allah bless and guide me . give strenght to me to finish this sem successfully . minta - minta juga pointer aku untuk sem ni mampu bertahan . semester 3 tahun 2 . jauh lagi journey aku ni .

pen - off .

20130105

5 / 365

entry pertama aku untuk tahun 2013 ni .

kadang - kadang kita lalai . lalai dengan kesenangan hidup yang kita ada . kita lalai dengan kebahagian , harta yang kita ada . kita sering lupa yang ade ketikanya kita perlu diuji . setiap orang punya masalah . yes ! tapi , masalah yang berbeza rupanya bagi setiap orang . takkan sama . sebabnya setiap orang punya jalan cerita yang berbeza . ade ketika masalah tu kita yang cari , ade ketika ia datang sendiri . nak stop ? memang mustahil lah .

tapi , hidup bukan cerita pasal masalah semata - mata . hidup ni indah kalau kita reti bersyukur . kalau kita tahu nak menggunakan hidup ni dengan sebaiknya . jangan sebab benda kecil kita ketepikan benda yang lebih besar . jangan sebab benda yang kurang penting , kita abaikan benda yang lebih penting . jangan sebab benda remeh kita tak endah pada benda yang utama .

bila kita dah tersilap langkah , memang susah kalau kita nak betulkan balik . tapi , tak salah kalau kita cuba cari jalan . yelah , takkan nak biarkan macam tu je kan ? memang lah kita takkan tahu ape yang jadi lepas tu , tapi mungkin ia akan jadi lebih baik . tak mustahil kan . kalau dari awal kita dah tahu , of course kita takkan silap . tapi , tolonglah ! yang lepas biarkan lepas . benda takkan berulang . kita takkan mampu nak ubah masa silam . yang kita mampu ubah masa hadapan .

kadang - kadang kita suka bagi alasan bodoh untuk sesuatu benda tu . even kita tahu takde alasan pun sepatutnya . kalau betul kita nak something , tolong lah usaha . berharap tanpa usaha tu sia -  sia . buat sesuatu yang perlu . lepas tu , baru boleh tawakal . tak cuba tapi dah cakap tak boleh . apekah itu ? dont easily give up on something . kekuatan tu ade dalam diri kita sendiri sebenarnya . kalau kita cari kita akan jumpa .

if u want something , prove it that u really want it !


so , for this new year :

to stop , and reflect on the year that has gone by , to remember both our triumphs and our missteps , our promises made and broken , the times we opened ourselves up to great adventures . or closed ourselves down for fear of getting hurt , because that's what new year's all about , getting another chance , a chance to forgive . to do better , to do more , to give more , to love more , and to stop worrying about what if . and start embracing what will be . 

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan . Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan . 

(Al-Insyirah : 5-6)

pen - off .