hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20121231

selamat tinggal KENANGAN

entry terakhir aku pada bulan disember ni . bulan terakhir dalam tahun ni . hari ni jugak merupakan hari terakhir dalam tahun neh . * kalau boleh nak publish masa jam terakhir , minit terakhir dan saat terakhir * okay , angan - angan jelah tu . haha .

honestly , sepanjang tahun 2012 ni , betul - betul menguji aku , fizikal mental emosi juga . aku rasa selama 20 tahun aku hidup ni , tahun ni lah yang paling genting untuk aku . bukan setakat genting , tapi awesome lagi tu . haha . bila kenang - kenang balik , seriusly boleh buat aku senyum , gelak , nangis sendiri . kalau dipikir - pikir balik , pengalaman sepanjang tahun ni memang susah aku nak lupakan . 

macam - macam benda yang jadi kat aku dalam tahun ni . tahun ni jugak yang mengajar aku erti dewasa . tahun ni juga yang ajar aku mematangkan diri sendiri . bagi aku , tahun ni jugak lah tahun yang mana aku alami benda paling dasyat yang pernah aku alami . tahun yang ajar aku jadi matang dan buat perubahan dalam diri aku sendiri . yang mana aku kena buat keputusan , pilihan sendiri . yang mana aku diuji dan buat aku jadi semakin kuat . bila mana tak ada seorang pun di sekeliling aku yang benar - benar paham dan dapat rasa macam ape yang aku rasa , even berbuih mulut aku cerita . sebab tu Allah the best listener !


no pain no gain , right ? betullah tu , kalau tak sakit dulu takkan lah senang kemudiannya kan ? mana adil macam tu . tak susah tapi nak senang . tu bukan hidup namanya .

kadang - kadang kan , memang kita takkan pernah terfikir benda yang kita langsung tak jangka akan jadi dalam hidup kita . tu lah kuasa Allah . bila kita merancang , Dia juga merancang , tapi perancangan Dia lah yang Maha Sempurna . sebab tu ada benda yang kita tak jangka jadi . ada benda yang jadi tapi kita tak minta dan ada benda yang kita minta tapi tak jadi . dan biasanya tak selalu benda yang kita nak tu kita dapat kan ?

kadang - kadang tu jugak kan , kita taktau dan tak mampu nak fikir pun kenapa benda tu jadi . akal kita tak sampai ke situ . tapi , percayalah . bila Allah dah takdirkan sesuatu tu untuk kita , pasti ada hikmahNya kan ? cuma cepat atau lambat je untuk kita buka hati kita ni nampak hikmah tu .

banyak juga benda yang aku nak ubah sepanjang tahun ni . tapi , tak semua tu aku mampu ubah . ade yang tahan sekerat jalan , ade yang langsung tak ubah ape pun . sebab aku tak boleh nak undur masa semula macam cerita doremon guna pintu masa tu . tapi , kalau aku diberi peluang memang aku nak ubah semuanya dan hargai setiap peluang yang aku ada .

2012 jugak buat aku makin kenal erti hidup . buat aku belajar banyak benda . buat aku rasa aku kena bersyukur dengan ape yang aku ade . buat aku redha dan terima dengan ikhlas ape yang aku dapat . buat aku kenal ape tu erti manis , pahit , indah , suka , duka , sakit , jujur , setia , dusta , pengorbanan , setia , sayang dan cinta . buat aku jadi dewasa , bukan budak sekolah rendah yang kerja nak mainan je . tapi , bukan bermakna tahun ni tahun sedih untuk aku . kalau tahun sedih sekalipun , tahun ni jugak lah tahun paling bahagia untuk aku . seriusly .

Tidak ada tertimpa sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah . Dan sesiapa yang beriman kepada Allah , nescaya Dia ( Allah ) akan memberikan petunjuk kepada hatinya . Dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim ( Maha Mengetahui ) .
Surah al-Taghabun (64 : 11)

pengalaman sepanjang tahun 2012 ni akan kekal jadi kenangan untuk aku . past is the best teacher ! semoga tahun baru ni bawa lebih banyak kebaikan untuk aku , berubah jadi lebih baik dari yang sebelumnya .

pen - off .

20121229

HOLIDAY : Cameron Highlands

sepanjang 2 bulan aku cuti , kerja aku memang tak ada lain dah . makan tidur online tengok tv . membesarkan badan . buang duit . haha . lepas tu , sibuk stress cerita 1 muka buka aku dah gemuk weh ! aku tengah kemiskinan tegar . ape punya perangai ni ? haha .

walaupun aku , abah , mama cuti . tapi , adik - adik aku tak cuti . makanya holiday kali ni memang holiday untuk kami . seriusly , sebelum cuti sibuk plan nak pergi sana sini . sekali , dah cuti , satu plan pun tak jadi ! sebab bila sorang ade , sorang takde .

nasib baik , masa cuti krismas hari tu , semua free . maka , mama aku pun menjerit - jerit nak pergi cameron highlands ! motif dia nak pergi sana sebab nak beli jem . haha . lawak kan ? aku pulak nak pergi sebab nak beli strawberry . kat tesco dengan mydin mahal .


so , pagi tu keluar rumah terus pergi gopeng sebab nak pickup adik aku dekat matrik dia . then , terus patah balik naik cameron ikut simpang pulai . time tu hujan renyai . so jalan agak jam dan ramai pulak yang nak naik hari tu . * biasalah cameron , mane pernah tak jam * haha . actually , ni second time aku naik cameron tahun ni . tapi , yang first bukan dengan family lah .



mase on the way tu , nampak je tempat ramai orang , stop . tapi , stop 10minit je . haha . sempat lah pergi agrofarm al-masyoor , avant chocolate , brinchang , dan strawberry farm . ladang teh memang tak pergi sebab mama aku malas nak berjalan . target nak naik sampai tanah rata saje . sampai tanah rata dan tengahari . lunch dekat sane terus patah balik . balik tu , baru singgah beli barang dekat tempat yang dah aim masa nak naik tadi . haha . praktikal sikit kan .

bila kuasa membeli tu ade kat aku , maka aku pun membelanjakan duit dengan berhemah sekali . asal nampak aku beli . jagung , strawberry , jem , cendawan lah ape . adik aku ikut tergedik - gedik beli patung - patung tepi jalan tu . haha .

disebabkan aku tinggal kat ipoh , 2 jam je nak pergi cameron ni . haha . tiap hari pun boleh naik sebenarnya . so , tak perlu nak mempoyokan diri nak sleepover kat sini .


pen - off .

20121219

Result ( Semester II )

semua orang sedang sibuk kecoh , result dah keluar hoi ! pakat nak cheak ramai - ramai . so , beberapa hari lepas telah pun selamat aku cheak . haruslah uptodate kan . aku pun taknak lah ketinggalan zaman sangat . haha .

aku rasa benda ni dah lama keluar , tapi aku saje memalaskan diri untuk cheak . sebab , time cuti duit lebih penting bagi aku , bukan result . almaklumlah , sedang mengalami kemiskinan tegar . haha . buruk betul perangai aku kan ? makanya , cerita ni dah tak berapa baru , tapi aku tetap nak update . sebab macam tak best kalau tak update kan . homai !

nak tengok ? jom , jom .


alhamdulillah !

ye , ye . aku tau tak 4 flat pun . haha . tapi , kan sikit lagi je tu . aku betul - betul bersyukur dengan yang ni , sebab sincerely tak target pun macam ni . before exam , just wished yang aku boleh maintain atas 3.8 . aku rasa dah cukup baik . dan mungkin next time boleh ditingkatkan lagi kan ? haha . hopefully . tak salah kalau letak target tinggi menggunung kan .

yang a- tu adelah gerko aku , which is futsal . homai . aku bukan kaki bola , kaki bangku adelah kot . haha . sepak sikit - sikit tu boleh lah . cuma yang pasti a- tu mungkin sebab encik tu frust dengan aku . penanda aras yang sentiasa datang kelas paling akhir . haha . buat aku insaf kejap .

ape yang Allah bagi tu lah yang terbaik untuk kita . Allah tak bagi ape yang kita minta tapi Allah bagi apa yang kita perlu .

thank you , Allah !

pen - off .

20121212

12.12.12

cun kan tarikh hari ni ? aku rase cun . orang lain pun rasa cun kot aku rasa . haha . * homai banyaknya rasa cun aku ni *

ade yang sampai cakap tahun last . * kecoh kat fb pagi tadi * . its actually sebab mane ade 13.13.13 dah kan ? habis - habis pun sampai 12 jelah . dah setahun ade 12 bulan kan . haha . lucu . tapi , betullah tu . lepas ni memang susah lah nak cari tarikh cun dah .

dalam masa setahun , macam - macam benda boleh jadi . sungguh ! its happen without we planned it . sometime we never plan . kadang tu pulak beriye plan tapi langsung tak jadi . tu kuasa Tuhan maknanya .

ade yang tahun lepas stranger dengan kita , tapi tahun ni dah boleh jadi bestfren dengan kita . siap boleh kongsi macam - macam lagi . ade pulak yang tahun lepas sangat baik dengan kita , suddenly this year dah jadi stranger dengan kita . macam langsung tak pernah kenal , padahal dulu kemain rapat kan . nampak tak keajaiban tu ? keajaiban setahun . memang kita tak boleh nak confirm someone tu kena stick dengan kita saja .


tu lah . manusia ni memang fitrah dia berubah . yang bezanya berubah ke arah mana tu . mungkin dari baik kepada kurang baik , atau mungkin dari kurang baik kepada yang lebih baik . berubah ikut peredaran masa . kita sendiri pun berubah . bukan orang lain je yang berubah . ye dak ?

bukan tu je , dalam setahun tu jugak , kita akan hilang dan dapat macam - macam . ade yang datang dan pergi dalam hidup kita ni . takkan habis sebab tu lah putaran hidup kita . paling sakit bila hilang orang yang kita sayang . time tu confirm rasa sendiri je . nak pulak dulu boleh kongsi cerita itu ini , lepas tu sekarang tak boleh lagi dah . sumpah weird .

bagi aku , dalam banyak - banyak orang yang kita rapat pun mesti ade sorang yang kita betul - betul paling rapat . tak semua orang dapat layanan yang sama dari kita kan ? ade yang pasal bab ni selesa cerita dengan dia ni je , ade pasal bab lain pulak selesa cerita dengan yang tu je . tapi , ade sorang yang kita selesa cerita semua dekat dia . ni angkara darjat namanya . haha .

tapi , tak boleh cakap pasal hilang tu je , kadang kita lupa ape yang kita dapat pula . mungkin 1 hilang , 1 yang lain datang . even bukan benda yang sama tapi still kita perlukan . fair kan ?

walau apepun yang jadi , tu semua adalah ketentuan dan perancangan Allah . yang penting kita kena ikhlas terima semua tu . kita taktau ape perancangan Allah untuk kita , tapi percayalah apapun yang Allah dah rancangkan untuk kita tu lah yang terbaik untuk kita . sebab Allah adalah sebaik - baik perancang .

pen - off .

20121207

Categories of Madness (Women)

sedar tak sedar sebenarnya perempuan ni adalah kaum yang paling banyak kegilaannya . aku sebagai salah seorang kaum tu pun turut mengakui fakta tu . haha . admit ya amat weh !

mana taknya , bila aku teliti - teliti balik , bila aku tengok betul - betul , aku fikir , yang aku nampak , perempuan ni suka sangat gila pada macam - macam benda . tak pernah nak puas pulak tu . jenis orang kalau dah dapat still nak lagi yang lain . tak cukup satu . tak percaye try tengok kat diri sendiri dulu . haha . * angguk empatpulohlapanjutakali *


yang paling biasa , gila pada baju . kalau boleh , asal ade keluar je fashion baru , style baru , semua nak beli .  semua nak uptodate . walaupun almari , wardrobe kan rumah tu dah tak muat nak simpan baju , dah runtuh akibat muatan penuh pun tapi still nak jugak beli baju kan . baju pulak tu bukan sejenis . baju kurung , baju kuliah , baju kerja , baju outing , segala macam baju nak ada . haha . tu tak masuk lagi maxi , dress , jubah , skirt , seluar dan entah hape - hape sak nika mak nenek pakaian lah .

ade yang taksub dengan kasut . macam - macam jenis kasut nak kumpul . tak kiralah flat , bellarina , wedges , heels , platform , oxford , sneakers dan adik beradik dia . kalau banyak pattern tapi setiap 1 ade 1 pasang je boleh tahan lagi . ni setiap pattern tu sampai berpuluh . macam - macam warna . kalau boleh kasut selipar jepun pun nak kumpul macam - macam colour dengan corak . haha .

beg pulak . tak complete lah kalau perempuan keluar tak bawak beg kan ? haha . beg ni nampak simple . ade sejenis jek . tapi yang syoknya , patternnya bukan main banyak pulak tu . dengan warna yang different . ada handbag tali panjang , tali pendek , clutch lagi , yang macam backpack pun ade . kalau boleh satu kedai beg tu nak dibeli . haha . memang tamak .

ha tu tak masuk cerita pasal aksesori lagi . belum kira nak beli belt , bracelet , ring . pulak zaman sekarang ni , akibat perkembangan fashion , aksesori bukan je barang kemas macam zaman tok nenek kita kumpul tu . sekarang dah ade burung hantu , aiskrim lah , rainbow lah . haiya . memacam . belt pun dah 3 4 colour .

maka , wahai kaum perempuan sekalian , tengoklah berapa banyak madness yang kita alami . haha . aci keluar je mesti nak beli . mata tu pulak gatal . asal nampak je , tangan mesti ikut sekali nak menghulur . kan ? kan ?

pen - off .

NOTA KAKI : aku sendiri pun tengah menghidap penyakit madness ni yang menyebabkan aku alami kemiskinan tegar sekarang neh . haha .