hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20120827

Monday Quote #5


There are two ways to live your life . One is as though nothing is a miracle . The other is as though everything is a miracle .

pen - off .

20120826

ceritera AIDILFITRI 2012

kumpul punya kumpul , dah seminggu pun raye . harini je dah masuk 8 syawal . bagus tak bagus lah jugak aku ni kan . haha . dari 1 syawal aku kumpul semua cerita sebab nak letak dalam 1 entry saje . pemalas kan aku ? pedulikan janji aku bahagia . haha .

sebelum raye , aku rase raya dan puasa tahun ni paling tak best untuk aku . sebab ? sebab aku rasa macam tak fun macam tahun lepas . puasa tapi tak mampu nak kawal emosi . aku diuji dengan macam - macam benda . sampai aku sendiri rase dah tak mampu nak face it . orang shopping aku tak shopping . orang happy aku moody . orang buat kueh , aku makan kueh lepas buka .

sebelum mukadimah aku jadi lagi panjang , baik aku mulakan cerita raya aku ye dak ?

1 syawal . seperti biasa bangun pagi - pagi , mandi solat sunat hari raya , makan - makan mulalah sesi bermaaf - maafan . tapi , aku rase lebih kepada sesi mintak duit raye jek pun sebenarnya . haha . kemudian , adelah sikit sesi bergambar .




kemudian , adalah ziarah beberapa rumah makcik sebelah mak aku yang mana rumah mereka semua terletak kat sekeliling rumah aku jugak . haha . sekampung lah senang cakap . petang tu , balik kampung sekejap sebab nenek aku nak lepas rindu kat anak - anak saudara dia .

2 syawal sampai 4 syawal . aku duduk dekat rumah sahaje . tak keluar ke mane pun . sebab ? sebab menuggu orang datang . tak putus - putus dari pagi sampai ke malam . nasib baik lah jugak tengah malam takde yang datang kan . kalau tak , mau aku kunci pintu rumah aku tu . haha . siap ada makan besar lagi . sebab rumah aku dah jadi macam kampung . bila raya semua balik sini .


5 syawal . classmate aku kahwin weh ! eh bukan classmate dekat maktab neh , tapi classmate aku zaman sekolah menengah dulu . jangan tak percaye ye . walaupun di usia muda tapi ni hakikatnya  . haha . lepas dah attend kenduri tu , aku pun berdating dengan bestie aku . * nanti , aku update dekat entry lain pasal neh *

6 syawal sampai 8 syawal . aku duduk kat rumah lagi sekali sebab berehat sepenuh masa . haha . malas nak ke mana - mana . ni semua gara - gara kawan aku yang suruh aku datang rumah dia beraya , tapi tau - tau dia dah sampai kedah . nampak tak permainannya ? haha .

pen - off .

NOTA KAKI : tak banyak tangkap gambar raya sebab lupa nak buat semua tu . haha .

20120823

dear YOU

dear YOU , ade banyak benda yang aku nak kau tau . terlampau banyak sampai aku tak boleh nak ungkapkan semuanya dalam words . sebab ? sebab aku bukan penulis lirik , aku bukan penulis skrip , aku bukan pelakon dan aku juga bukan pengarah drama . aku cuma aku , insan biasa yang punye hati dan perasaan .

aku keliru . keliru dengan diri sendiri , keliru dengan diri kau . keliru dengan segalanya . keliru antara kehendak , keperluan , impian , harapan , kenangan , janji dan hakikat . sejujurnye , aku dah tak kuat . aku dah tak segagah aku yang dulu . mungkin aku tetap aku , tapi aku bukan lagi aku .

ade benda yang kau perlu tau , yang aku semakin sedar . mungkin selama kita kenal ni , aku tau dah terlampau banyak silap yang aku buat . kerana aku cuma insan biasa yang tak boleh nak lari dari buat silap . kesilapan yang aku lakukan tanpa sedar mahupun sengaja . tu aku tak pasti . tapi , aku bukan sengaja . aku tak minta , tapi ia jadi .

mungkin aku cuba nak betulkan balik semuanya . mungkin aku cuba nak putarkan balik mase . tapi , aku sedar aku tak mampu nak betulkan . sebab ? sebab aku tak mampu nak buat sorang diri . aku perlukan bantuan kau . mungkin usahaku cuma sia - sia . mungkin seperti kata kau , semuanya dah terlambat . aku masih terus mencuba untuk perbetulkan dengan harapan setinggi gunung . cuma aku akan terus usaha .

makin lame kita makin jauh . makin lama kita jadi makin rumit . makin lama makin banyak syarat yang wujud antara kita . makin lama makin timbul macam - macam . sebab kita berdendam . kita pendam semuanya . kita tak jujur . kita penipu . kita tipu hati kita . kita tak jujur dengan segalanya . kita ego . api kalau dengan api tak kan padam tapi makin marak . kita tak nak mengalah . kita cuba hancurkan bukan betulkan .


sekali aku buat salah , tak bermakna selamanya aku akan buat salah . sekali aku tipu tak bermakna aku akan selamanya menipu . kenapa aku pernah menipu ? kerana aku terpakse . pernah aku diberi peluang ? pernah aku diberi kebenaran untuk berkata tidak ? pernah aku diberi pilihan ? pernah aku diminta membuat keputusan sendiri ? pernah ? kenapa perlu nak menghukum aku ?

sejujurnya , bukan aku seorang yang melakukan kesilapan . kau juga begitu . kerana ? kerana kau seperti aku , manusia biasa . manusia yang cuma tahu menghargai diri sendiri tanpa memikirkan perihal orang lain walau sesaat .

aku juga pernah disakiti , tapi aku belajar mengubati . aku juga pernah ditipu , tapi aku cuba untuk percaya . aku juga pernah dikhianati , tapi aku cuba melupakan . aku juga pernah terluka , tapi aku cuba bertahan . aku juga pernah dihina , tapi aku cuba untuk terus berdiri . aku juga pernah mengalami semuanya seperti ape yang kau alami , antara sedar dan tidak . tapi , aku tak pernah mempermainkan ape - ape .

dulu , kau yang bawa aku balik ke alam nyata . kau yang sedarkan aku . kau yang ajar aku memaafkan . kau yang teman aku melupakan . kau yang minta aku cuba . tapi , kini ? kau yang bawa aku balik ke sana . kau tolong aku ulang benda - benda yang aku cuba jauhkan selama ni .

dulu , kita ketawa bersama . bergambar bersama . kita bergurau . kita menghina 1 sama lain . kita pernah berjanji . kita juga pernah menangis bersama . sebab ? sebab kita kongsi segalanya . sebab kita faham . sekarang , kau keras ! kenapa ?

walau sekeras mane pun hati kau , sekasar mane pun kau dengan aku , sekejam mane pun layanan kau dekat aku , aku tahu . aku tahu ape yang ade dalam hati kecil kau tu . mungkin kau boleh tipu aku , kau boleh nafikan segalanya depan aku . tapi , hati kau tak boleh tipu hati aku . aku dapat rase . hati aku selalu bagitau aku .

aku bukan ahli nujum . aku tak mampu nak paham ape yang tersirat . aku tak mampu nak meneka ape yang ade dalam hati kau . aku tak mampu nak berfikir seperti kau fikir . aku taktau ape yang kau perlukan kalau kau tak minta . aku tak tau ape yang kau nak kalau kau tak cakap . kau patut tahu tu .

aku rindu rase dihargai . aku rindu rase diperlukan . aku tak minta pujian melambung buat diriku , kerana aku tahu itu dusta . aku tak pinta ditinggi - tinggikan , cukup sekadar tidak direndahkan . aku tak tagih simpati . aku tak mohon dijulang - julang , cukup sekadar disebelah . aku rindu masa yang dulu . aku rindu untuk berada pada layar yang dulu , menjadi pelakon yang membawa senyumam bukan tangisan . kalau aku boleh putarkan mase , aku akan buat . aku rindu segalanya !

pen - off .

NOTA KAKI : segala yang tercatat adalah benih rase dari hati kerana aku bukan seorang copy - cat . harini cukup 1 tahun .

20120819

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

rase macam baru semalam puasa , hari ni dah nak raye kan  yeng ! okay , memang macam budak - budak . haha .

sedar tak sedar , pejam tak pejam . celik tak celik , kita dah habis ramadhan . dah masuk syawal pun . eh , silap . bukan dah nak tapi dah masuk pun . sebelum puasa hari tu memang rase lame , ni dah habis , macam tak rase ape pun kan .

semoga ramadhan yang lalu bawa seribu makna untuk kita semua . semua berjaya mentarbiah kan diri ni . semoga pintu kemaafan masih terbuka . semoga keadaan menjadi lebih baik dari yang dulu . semoga adanya perubahan .

and for this syawal , tahniah untuk semua umat Islam sebab dah berjaya melalui ramadhan . berjaya tahan nafsu makan minum dan so on .


bagi yang raye kat kampung , selamat pulang ke kampung halaman ye . yang raye dekat rumah tu pun selamat hari raya jugak .

tak kira beraya kat mane pun , yang penting hari tu kan .

pen - off .

NOTA KAKI : buat kad raya dan type entry kelam kabut so tak put all effort . tapi , takpelah janji ade jugak kan .

20120816

randomness


i may not always be by your side ,
but my prayers will be with you .
i may not always help you ,
but deep inside you know i want to .
i may not always do what you like ,
but i will do the best i can .
i may not always understand ,
but we can still walk hand in hand .
i may not be the perfect one ,
i may not be the best out there ,
but in spite and despite all these ,
you can be sure somebody cares ! 

pen - off .

20120811

the time , REDHA

bila keadaan dah jadi macam ni , aku rase betul - betul dah sampai masenye . sebab ? jauh mane pun aku nak lari kenyataan tu tetap takkan berubah . dalam mane pun aku cube nak sorokkan diri , aku tetap akan kelihatan . macam mane aku nak nafikan pun , benda tu tetap hakikat . aku takkan boleh nak ubah ape - ape lagi dah . cume nak face it atau pun taknak .

aku sedar mungkin semua ni salah aku . mungkin semuanya memang berpunca dari aku . mungkin aku lalai sangat dengan kesenangan yang aku dapat selama ni . mungkin aku lupa diri . tapi , percayelah , setiap benda tu ade sebabnya . aku bukan sengaja nak mengubah sesuatu benda tu .

mungkin dah banyak sangat benda yang aku buat selama ni . ni masenye ! masenye yang Allah nak tunjuk kat aku , ape yang aku buat selama ni salah . Allah nak bagitau aku sudah - sudah lah tu . aku tak boleh terus hidup dalam dunia aku . aku tak boleh terus hidup macam neh . ni bukan realitinya , tapi cuma impian aku saje .


mungkin selama ni banyak sangat benda yang aku simpan sorang - sorang . tapi , aku bukan sorang . aku tau Allah tau ape je yang ade dalam hati aku ni . walaupun , aku tak luahkan tapi Dia tau . aku tak nafikan semua tu . walau aku tak merintih Dia tetap tau ape yang aku pendam . walau aku tak merayu , Dia tetap tahu ape yang aku minta . walau aku tak tagih , Dia tetap tahu ape yang aku perlu . Dia tahu ape yang Dia susun untuk aku ni lah yang terbaik untuk aku . aku tak salahkan Dia .

aku percaye semua benda yang jadi tu ade hikmahnye . cume bezanye aku nampak dengan tak nampak jek .  hikmah tu memang ade , tapi kadang - kadang aku lambat perasan . mungkin aku nampak kuat , tapi sebenarnye , tak ! aku tak kuat macam tu . aku bukan robot yang takde hati . aku juga insan seperti yang lain punya hati dan perasaan .

aku sendiri taktau macam mane aku boleh jadi sekuat ni . aku tak pernah terfikir yang aku boleh jadi segagah sekarang neh . aku tak pernah jangka ni diri aku sebenarnye . aku tak pernah bayangkan aku boleh jadi macam aku yang sekarang neh . aku tak minta , tapi aku jadi .

pen - off .