hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20130213

wedding

wedding ?

sape kawen ? aku ke ? eh haruslah aku yang kawen , kawen dengan jutawan . haha . * okay , tu tipu , angan - angan aku je . haha * mahu mak aku tembak aku dengan senapang gajah , kalau sekarang aku cakap nak kawen . alasan dia , muda lagi belajar belum habis , kerja tak lagi . oh mak !

masa kaum cina sedang sibuk menyambut hari raya cina , aku satu family gigih pergi ke puchong nak attend wedding sepupu aku ni . * satu nenek lah maknanya * actually ,  nikah dah hari jumaat malam, tapi sebab ade macam - macam hal , kitorang pergi lewat . sabtu pagi baru nak pergi . so , dah terlepas majlis nikah .



siap ade flower girls lagi . ni semua anak sedara aku . haha . kesian aku tengok sebab mula - mula diorang macam blur taktau nak buat ape dengan roses petals tu .



aku betul - betul feeling dalam ni , sampai pejam mata time tangkap gambar . haha .

malam tu pulak , ade majlis potong kek dengan buka - buka hadiah .





lastly , happy newly weds . may Allah bless and guide both of u . give strengthen and ease the journey . semoga kalian berdua bahagia hingga ke syurga . setia hujung nyawa .

pen - off .

NOTA KAKI : entry banyak gambar . pictures can tell thousand stories .

20130203

PERCAYA : its not just a word


percaya ?

nak percaya kat orang pun dah susah , ape lagi nak buat orang percaya dekat kita .

kalau nak cerita pasal kepercayaan or trust ni memang panjang . panjang yang amat sangat , sampai taktau bile boleh habis kan . semua orang ade fahaman die yang tersendiri untuk isu ni kan . bak kata pepatah melayu , lain orang lain caranya .


kalau untuk diri kita sendiri , untuk percaye kat seseorang tu susah kan . takkan boleh senang - senang je nak percaye kalau tak kenal die macam mane lagi .

cube kite view from others side pulak , diorang jugak akan susah nak percaye kan kita , nak letakkan kepercayaan diorang tu kat kita , kalau kita tak kenal diorang lagi kan .

dah lah nak tanam kepercayaan tu susah , ape lagi kalau kepercayaan tu dah dikhianati kan ? bertambah lah susah nak betulkan balik .


tapi , bila kita dah mula percaya dengan seseorang tu , for sure kita akan letak sepenuh kepercayaan kita kat dia . bila dah percaya tu , takkan ada satu rahsie pun yang tinggal . semuanya akan kita buka . sampai kadang - kadang kita lupa nak letak sedikit keraguan . kita lupa pagar takkan selalunya melindungi . kita lupa bahawa kadang - kadang padi juga akan dimakan oleh pagar . kita lupa tak selalunya kepercayaan tu akan dijaga .

bila kita percaya , kita akan kongsi segalanya dengan dia , baik luar mahupun dalam . kita lupa yang satu hari nanti tak mustahil , dia yang akan tikam kita dari belakang . kita lupa takde sebab untuk dia terus simpan rahsia kita . kita lupa dia juga akan ada peluang untuk mengkhianati kepercayaan tu .

manusia . manusia mudah lupa dan lalai dengan sedikit nikmat dan kesenangan yang ada . kita lupa langit takkan selalunya cerah . kita lupa pelangi  bukan selalunya milik kita . bila sayang , bila percaya , kita akan ketepikan segalanya . kita mampu memaafkan , melupakan segala kesilapan , walaupun berjuta kali kita telah disakiti . kita tak takut dengan risiko . hebatnya !


bila mana kita harap dia yang menjaga , dia yang akan memungkiri . bila mana kita rasa dia pelindung , dia yang akan memusnahkan . bila mana kita fikir dia penjaga , dia yang akan membuka . bila mana kita tanam dalam hati dia yang terbaik , dia yang akan menghina .

terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata sampai mati takkan mampu kita tarik . kerana kesilapan kecil kita yang terlalu mempercayai , bahaya menanti .

tak perlu lihat pada yang jauh , kerana kadang - kala diri kita sendiri sudah mampu untuk mengkhianati kepercayaan kita . tak perlu orang lain untuk mengkhainati . bukan susah nak hancurkan kerpercayaan . menanam kepercayaan tu lebih sukar .

tapi , sekali kepercayaan tu dah diragut , memang susah kalau nak betulkan balik . usaha lah macam mana gigih sekalipun , berubah lah 360 darjah sekalipun , kalau dapat balik kepercayaan tu pun takkan seratus peratus . tetap akan ada celanya . umpama luka kat hati , dari luaran nampak sembuh tapi hakikatnya parut tetap ada .

sekali je kepercayaan tu dihancurkan , memang susah kalau nak betul kan balik . kalau betul pun , takkan boleh jadi macam asal semula . nampak dah dibetulkan , tapi hakikatnya masih bersisa dan meninggalkan kesan .




bila percaya jangan terlampau percaya . rahsia takkan selamanya kekal sebagai rahsia .

pen - off .