hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20121129

HOLIDAY : Penang

beberapa minggu lepas , aku telah pun pergi bercuti - cuti malaysia di PENANG . yup ! pulau pinang bahagian island okeh . tak mainlah yang seberang sini . haha . * gila bajet * percutian aku kali ni sempena cuti sem selepas tamatnya final exam aku yang memang cukup memberangsangkan tu .


aku pergi cuma 3 hari dan 2 malam sahaja , tapi mostly tempat famous kat sana aku sempat lawat even sekejap yang penting sampai , right ? ni bukan first time aku pergi penang , tapi ni first time yang aku rasa penang ni banyak tempat menarik . haha . sebab , biasanya bila pergi cuma few places belum campur dengan yang sesat - sesat taktau jalan tu .

hari first tu sampai penang pun dah hampir maghrib , so at night we just go to penang times square . then , round - round sekitar pekan tu melihat view waktu malam . sekali tengok bagi aku penang ni macam kl jugak cuma tak terlalu sibuk macam kl .


second day , memang keluar awal pagi . punya semangat nak round penang . haha . on the way tu singgah dekat majid negeri dulu . lawat - lawat sekeliling tu . masjid ni senang nak pergi sebab terletak dekat junction je .


tempat first yang dituju is bukit bendera . niat hati sebab taknak ramai orang masa naik train tu . and we made it ! berjaya datang sana masa tak ramai orang . tip penting kalau datang sini ialah SILA BAWA KAD MATRIK / STUDENT CARD sebabnya kalau bawa boleh dapat diskaun . haha . fee dia RM8 tapi dengan adanya kad tu korang akan digelar budak kecik dan dapat diskaun 50% . so fee yang kami bayar masa ni cuma RM4 . yang best sekarang ni diorang dah pakai train baru bukan yang warna merah tu lagi dah . so lebih laju . pergi balik cuma 15 minit . takde lah kematu kaki beratur tunggu turn ye dak ?



lepas tu , singgah tokong kek lok see dan rumah p. ramlee . tokong tu macam biasalah ade batu - batu binaan tu . rumah dia kecil je kat tepi tu tapi maintainance dia bagus sebab rumah tu still elok dan cantik . both ni fee is free .



petang tu , even penat tapi nak juga pergi penang peranakan mansion . yang ni nak masuk ada fee , RM10 . dalam ni ada macam - macam history of baba nyonya like hiasan , barangan , pakaian , makanan dan macam - macam lagilah . siap ada tourist guide lagi yang terangkan satu - satu . * bayarkan * haha .


next is fort cornwallis . yang ni fee dia RM2 . dalam tu ada kubu dan meriam . zaman tok kadok penjajah dulu kan diorang guna tempat ni jadikan kubu pertahanan .


dah alang - alang sampai kat padang kota ni , ape salahnya kalau isi perut ni dengan sedikit pencuci tali perut kan . haha . so dekat sini memang ade foodcourt yang pemes ames tu . macam - macam ade boleh pilih ikut selera anak tekak sendiri ye . sambil tu boleh la hirup angin laut dan baunya . haha .




malam tu we all went to masjid terapung for isyak prayers . yang ni parent kawan aku yang drive bawa kitorang pergi sana . and first time aku tahu penang ada masjid terapung , ingatkan kat terengganu je yang ada . haha . lepas tu ada singgah makan dekat aku pun lupa nama tempat tu tapi quite famous lah jugak .


hari ketiga , still do the same routine keluar awal pagi dan terus menuju ke komtar . tempat ni kan yang paling famous kat penang . ada office dan shopping mall .


sebabkan semalam lalu masa gelap , pemandangan malap je , esok tu tergedik - gedik nak pergi gurney lagi sekali . haha . padahal ada laut je kan . tapi , tetap nak tengok lagi sekali .


bila dah tengahari , perut pun berbunyi , aku requested kat diorang untuk makan kat nasi kandar line clear . haha . nafsu harus demand ! sangat sedap ye nasi kandar kat sini dan banyak . aku yang kuat makan ni pun rasa tak mampu nak habiskan .



tak complete kan kalau datang satu tempat then tak beli nothing . so as buahtangan , we decieded to buy jeruk madu pak ali dan biskut tambun . dua - dua benda ni tak boleh dapat kat tempat lain accept kat penang sahaja . jeruk ni paling famous . dia punya main branch dekat jalan chowrasta betul - betul depan balai polis . this one is jeruk madu okay .


yang biskut tambun ni pulak , asalnya biskut cina dan aku taktau apa namanya dalam chinese . haha . tapi telah dibuat oleh bumiputera . hanya 1 jenama ni je yang orang melayu buat biskut ni . biskut ni pulak nak cari punyalah susah . ada kat tanjung kafe sebelah jeti tu haa . kedai ni je yang jual . oh mak jauh mencanang kitorang cari benda ni . haha .


tak lupa juga aku telah sempat membuang masa di queensbay mall gara - gara nak habiskan masa sebelum balik .

yang bestnya sebab aku dan seorang lagi kawan aku telah pun membuat muka tak berapa nak malu dengan tumpang tidur di rumah seorang kawan kami ni . tambah pula pergi penang naik kenderaan awam iaitu bas . so , nampak tak kat situ we cut the cost for penginapan , makanan and of course transportation . ni adalah salah tu cara nak berholiday tapi dengan bijak dan berhemah . hehe .

pen - off .

NOTA KAKI : aku cuma tepekkan sikit gambar je dalam ni sebab ni pun dah buat entry aku terlampau panjang . gambar - gambar lain yang beriban tu aku upload dalam main fb aku ye .

2 comments:

Masmira Masri said...

best kn jln2 penang tp yg plng best ialah makanannya...

do follow me back
http://myaleo.blogspot.com/2012/12/december-2012.html

Shiqin Sunshine said...

wahhhh sakan berjalan hehehe....

klu nak g trip lg saya cdangkan pergi sini ;)

http://cinqleafclover.blogspot.com/2012/12/fantastic-gua-tempurung.html