hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20121231

selamat tinggal KENANGAN

entry terakhir aku pada bulan disember ni . bulan terakhir dalam tahun ni . hari ni jugak merupakan hari terakhir dalam tahun neh . * kalau boleh nak publish masa jam terakhir , minit terakhir dan saat terakhir * okay , angan - angan jelah tu . haha .

honestly , sepanjang tahun 2012 ni , betul - betul menguji aku , fizikal mental emosi juga . aku rasa selama 20 tahun aku hidup ni , tahun ni lah yang paling genting untuk aku . bukan setakat genting , tapi awesome lagi tu . haha . bila kenang - kenang balik , seriusly boleh buat aku senyum , gelak , nangis sendiri . kalau dipikir - pikir balik , pengalaman sepanjang tahun ni memang susah aku nak lupakan . 

macam - macam benda yang jadi kat aku dalam tahun ni . tahun ni jugak yang mengajar aku erti dewasa . tahun ni juga yang ajar aku mematangkan diri sendiri . bagi aku , tahun ni jugak lah tahun yang mana aku alami benda paling dasyat yang pernah aku alami . tahun yang ajar aku jadi matang dan buat perubahan dalam diri aku sendiri . yang mana aku kena buat keputusan , pilihan sendiri . yang mana aku diuji dan buat aku jadi semakin kuat . bila mana tak ada seorang pun di sekeliling aku yang benar - benar paham dan dapat rasa macam ape yang aku rasa , even berbuih mulut aku cerita . sebab tu Allah the best listener !


no pain no gain , right ? betullah tu , kalau tak sakit dulu takkan lah senang kemudiannya kan ? mana adil macam tu . tak susah tapi nak senang . tu bukan hidup namanya .

kadang - kadang kan , memang kita takkan pernah terfikir benda yang kita langsung tak jangka akan jadi dalam hidup kita . tu lah kuasa Allah . bila kita merancang , Dia juga merancang , tapi perancangan Dia lah yang Maha Sempurna . sebab tu ada benda yang kita tak jangka jadi . ada benda yang jadi tapi kita tak minta dan ada benda yang kita minta tapi tak jadi . dan biasanya tak selalu benda yang kita nak tu kita dapat kan ?

kadang - kadang tu jugak kan , kita taktau dan tak mampu nak fikir pun kenapa benda tu jadi . akal kita tak sampai ke situ . tapi , percayalah . bila Allah dah takdirkan sesuatu tu untuk kita , pasti ada hikmahNya kan ? cuma cepat atau lambat je untuk kita buka hati kita ni nampak hikmah tu .

banyak juga benda yang aku nak ubah sepanjang tahun ni . tapi , tak semua tu aku mampu ubah . ade yang tahan sekerat jalan , ade yang langsung tak ubah ape pun . sebab aku tak boleh nak undur masa semula macam cerita doremon guna pintu masa tu . tapi , kalau aku diberi peluang memang aku nak ubah semuanya dan hargai setiap peluang yang aku ada .

2012 jugak buat aku makin kenal erti hidup . buat aku belajar banyak benda . buat aku rasa aku kena bersyukur dengan ape yang aku ade . buat aku redha dan terima dengan ikhlas ape yang aku dapat . buat aku kenal ape tu erti manis , pahit , indah , suka , duka , sakit , jujur , setia , dusta , pengorbanan , setia , sayang dan cinta . buat aku jadi dewasa , bukan budak sekolah rendah yang kerja nak mainan je . tapi , bukan bermakna tahun ni tahun sedih untuk aku . kalau tahun sedih sekalipun , tahun ni jugak lah tahun paling bahagia untuk aku . seriusly .

Tidak ada tertimpa sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah . Dan sesiapa yang beriman kepada Allah , nescaya Dia ( Allah ) akan memberikan petunjuk kepada hatinya . Dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim ( Maha Mengetahui ) .
Surah al-Taghabun (64 : 11)

pengalaman sepanjang tahun 2012 ni akan kekal jadi kenangan untuk aku . past is the best teacher ! semoga tahun baru ni bawa lebih banyak kebaikan untuk aku , berubah jadi lebih baik dari yang sebelumnya .

pen - off .

20121229

HOLIDAY : Cameron Highlands

sepanjang 2 bulan aku cuti , kerja aku memang tak ada lain dah . makan tidur online tengok tv . membesarkan badan . buang duit . haha . lepas tu , sibuk stress cerita 1 muka buka aku dah gemuk weh ! aku tengah kemiskinan tegar . ape punya perangai ni ? haha .

walaupun aku , abah , mama cuti . tapi , adik - adik aku tak cuti . makanya holiday kali ni memang holiday untuk kami . seriusly , sebelum cuti sibuk plan nak pergi sana sini . sekali , dah cuti , satu plan pun tak jadi ! sebab bila sorang ade , sorang takde .

nasib baik , masa cuti krismas hari tu , semua free . maka , mama aku pun menjerit - jerit nak pergi cameron highlands ! motif dia nak pergi sana sebab nak beli jem . haha . lawak kan ? aku pulak nak pergi sebab nak beli strawberry . kat tesco dengan mydin mahal .


so , pagi tu keluar rumah terus pergi gopeng sebab nak pickup adik aku dekat matrik dia . then , terus patah balik naik cameron ikut simpang pulai . time tu hujan renyai . so jalan agak jam dan ramai pulak yang nak naik hari tu . * biasalah cameron , mane pernah tak jam * haha . actually , ni second time aku naik cameron tahun ni . tapi , yang first bukan dengan family lah .



mase on the way tu , nampak je tempat ramai orang , stop . tapi , stop 10minit je . haha . sempat lah pergi agrofarm al-masyoor , avant chocolate , brinchang , dan strawberry farm . ladang teh memang tak pergi sebab mama aku malas nak berjalan . target nak naik sampai tanah rata saje . sampai tanah rata dan tengahari . lunch dekat sane terus patah balik . balik tu , baru singgah beli barang dekat tempat yang dah aim masa nak naik tadi . haha . praktikal sikit kan .

bila kuasa membeli tu ade kat aku , maka aku pun membelanjakan duit dengan berhemah sekali . asal nampak aku beli . jagung , strawberry , jem , cendawan lah ape . adik aku ikut tergedik - gedik beli patung - patung tepi jalan tu . haha .

disebabkan aku tinggal kat ipoh , 2 jam je nak pergi cameron ni . haha . tiap hari pun boleh naik sebenarnya . so , tak perlu nak mempoyokan diri nak sleepover kat sini .


pen - off .

20121219

Result ( Semester II )

semua orang sedang sibuk kecoh , result dah keluar hoi ! pakat nak cheak ramai - ramai . so , beberapa hari lepas telah pun selamat aku cheak . haruslah uptodate kan . aku pun taknak lah ketinggalan zaman sangat . haha .

aku rasa benda ni dah lama keluar , tapi aku saje memalaskan diri untuk cheak . sebab , time cuti duit lebih penting bagi aku , bukan result . almaklumlah , sedang mengalami kemiskinan tegar . haha . buruk betul perangai aku kan ? makanya , cerita ni dah tak berapa baru , tapi aku tetap nak update . sebab macam tak best kalau tak update kan . homai !

nak tengok ? jom , jom .


alhamdulillah !

ye , ye . aku tau tak 4 flat pun . haha . tapi , kan sikit lagi je tu . aku betul - betul bersyukur dengan yang ni , sebab sincerely tak target pun macam ni . before exam , just wished yang aku boleh maintain atas 3.8 . aku rasa dah cukup baik . dan mungkin next time boleh ditingkatkan lagi kan ? haha . hopefully . tak salah kalau letak target tinggi menggunung kan .

yang a- tu adelah gerko aku , which is futsal . homai . aku bukan kaki bola , kaki bangku adelah kot . haha . sepak sikit - sikit tu boleh lah . cuma yang pasti a- tu mungkin sebab encik tu frust dengan aku . penanda aras yang sentiasa datang kelas paling akhir . haha . buat aku insaf kejap .

ape yang Allah bagi tu lah yang terbaik untuk kita . Allah tak bagi ape yang kita minta tapi Allah bagi apa yang kita perlu .

thank you , Allah !

pen - off .

20121212

12.12.12

cun kan tarikh hari ni ? aku rase cun . orang lain pun rasa cun kot aku rasa . haha . * homai banyaknya rasa cun aku ni *

ade yang sampai cakap tahun last . * kecoh kat fb pagi tadi * . its actually sebab mane ade 13.13.13 dah kan ? habis - habis pun sampai 12 jelah . dah setahun ade 12 bulan kan . haha . lucu . tapi , betullah tu . lepas ni memang susah lah nak cari tarikh cun dah .

dalam masa setahun , macam - macam benda boleh jadi . sungguh ! its happen without we planned it . sometime we never plan . kadang tu pulak beriye plan tapi langsung tak jadi . tu kuasa Tuhan maknanya .

ade yang tahun lepas stranger dengan kita , tapi tahun ni dah boleh jadi bestfren dengan kita . siap boleh kongsi macam - macam lagi . ade pulak yang tahun lepas sangat baik dengan kita , suddenly this year dah jadi stranger dengan kita . macam langsung tak pernah kenal , padahal dulu kemain rapat kan . nampak tak keajaiban tu ? keajaiban setahun . memang kita tak boleh nak confirm someone tu kena stick dengan kita saja .


tu lah . manusia ni memang fitrah dia berubah . yang bezanya berubah ke arah mana tu . mungkin dari baik kepada kurang baik , atau mungkin dari kurang baik kepada yang lebih baik . berubah ikut peredaran masa . kita sendiri pun berubah . bukan orang lain je yang berubah . ye dak ?

bukan tu je , dalam setahun tu jugak , kita akan hilang dan dapat macam - macam . ade yang datang dan pergi dalam hidup kita ni . takkan habis sebab tu lah putaran hidup kita . paling sakit bila hilang orang yang kita sayang . time tu confirm rasa sendiri je . nak pulak dulu boleh kongsi cerita itu ini , lepas tu sekarang tak boleh lagi dah . sumpah weird .

bagi aku , dalam banyak - banyak orang yang kita rapat pun mesti ade sorang yang kita betul - betul paling rapat . tak semua orang dapat layanan yang sama dari kita kan ? ade yang pasal bab ni selesa cerita dengan dia ni je , ade pasal bab lain pulak selesa cerita dengan yang tu je . tapi , ade sorang yang kita selesa cerita semua dekat dia . ni angkara darjat namanya . haha .

tapi , tak boleh cakap pasal hilang tu je , kadang kita lupa ape yang kita dapat pula . mungkin 1 hilang , 1 yang lain datang . even bukan benda yang sama tapi still kita perlukan . fair kan ?

walau apepun yang jadi , tu semua adalah ketentuan dan perancangan Allah . yang penting kita kena ikhlas terima semua tu . kita taktau ape perancangan Allah untuk kita , tapi percayalah apapun yang Allah dah rancangkan untuk kita tu lah yang terbaik untuk kita . sebab Allah adalah sebaik - baik perancang .

pen - off .

20121207

Categories of Madness (Women)

sedar tak sedar sebenarnya perempuan ni adalah kaum yang paling banyak kegilaannya . aku sebagai salah seorang kaum tu pun turut mengakui fakta tu . haha . admit ya amat weh !

mana taknya , bila aku teliti - teliti balik , bila aku tengok betul - betul , aku fikir , yang aku nampak , perempuan ni suka sangat gila pada macam - macam benda . tak pernah nak puas pulak tu . jenis orang kalau dah dapat still nak lagi yang lain . tak cukup satu . tak percaye try tengok kat diri sendiri dulu . haha . * angguk empatpulohlapanjutakali *


yang paling biasa , gila pada baju . kalau boleh , asal ade keluar je fashion baru , style baru , semua nak beli .  semua nak uptodate . walaupun almari , wardrobe kan rumah tu dah tak muat nak simpan baju , dah runtuh akibat muatan penuh pun tapi still nak jugak beli baju kan . baju pulak tu bukan sejenis . baju kurung , baju kuliah , baju kerja , baju outing , segala macam baju nak ada . haha . tu tak masuk lagi maxi , dress , jubah , skirt , seluar dan entah hape - hape sak nika mak nenek pakaian lah .

ade yang taksub dengan kasut . macam - macam jenis kasut nak kumpul . tak kiralah flat , bellarina , wedges , heels , platform , oxford , sneakers dan adik beradik dia . kalau banyak pattern tapi setiap 1 ade 1 pasang je boleh tahan lagi . ni setiap pattern tu sampai berpuluh . macam - macam warna . kalau boleh kasut selipar jepun pun nak kumpul macam - macam colour dengan corak . haha .

beg pulak . tak complete lah kalau perempuan keluar tak bawak beg kan ? haha . beg ni nampak simple . ade sejenis jek . tapi yang syoknya , patternnya bukan main banyak pulak tu . dengan warna yang different . ada handbag tali panjang , tali pendek , clutch lagi , yang macam backpack pun ade . kalau boleh satu kedai beg tu nak dibeli . haha . memang tamak .

ha tu tak masuk cerita pasal aksesori lagi . belum kira nak beli belt , bracelet , ring . pulak zaman sekarang ni , akibat perkembangan fashion , aksesori bukan je barang kemas macam zaman tok nenek kita kumpul tu . sekarang dah ade burung hantu , aiskrim lah , rainbow lah . haiya . memacam . belt pun dah 3 4 colour .

maka , wahai kaum perempuan sekalian , tengoklah berapa banyak madness yang kita alami . haha . aci keluar je mesti nak beli . mata tu pulak gatal . asal nampak je , tangan mesti ikut sekali nak menghulur . kan ? kan ?

pen - off .

NOTA KAKI : aku sendiri pun tengah menghidap penyakit madness ni yang menyebabkan aku alami kemiskinan tegar sekarang neh . haha .

20121129

HOLIDAY : Penang

beberapa minggu lepas , aku telah pun pergi bercuti - cuti malaysia di PENANG . yup ! pulau pinang bahagian island okeh . tak mainlah yang seberang sini . haha . * gila bajet * percutian aku kali ni sempena cuti sem selepas tamatnya final exam aku yang memang cukup memberangsangkan tu .


aku pergi cuma 3 hari dan 2 malam sahaja , tapi mostly tempat famous kat sana aku sempat lawat even sekejap yang penting sampai , right ? ni bukan first time aku pergi penang , tapi ni first time yang aku rasa penang ni banyak tempat menarik . haha . sebab , biasanya bila pergi cuma few places belum campur dengan yang sesat - sesat taktau jalan tu .

hari first tu sampai penang pun dah hampir maghrib , so at night we just go to penang times square . then , round - round sekitar pekan tu melihat view waktu malam . sekali tengok bagi aku penang ni macam kl jugak cuma tak terlalu sibuk macam kl .


second day , memang keluar awal pagi . punya semangat nak round penang . haha . on the way tu singgah dekat majid negeri dulu . lawat - lawat sekeliling tu . masjid ni senang nak pergi sebab terletak dekat junction je .


tempat first yang dituju is bukit bendera . niat hati sebab taknak ramai orang masa naik train tu . and we made it ! berjaya datang sana masa tak ramai orang . tip penting kalau datang sini ialah SILA BAWA KAD MATRIK / STUDENT CARD sebabnya kalau bawa boleh dapat diskaun . haha . fee dia RM8 tapi dengan adanya kad tu korang akan digelar budak kecik dan dapat diskaun 50% . so fee yang kami bayar masa ni cuma RM4 . yang best sekarang ni diorang dah pakai train baru bukan yang warna merah tu lagi dah . so lebih laju . pergi balik cuma 15 minit . takde lah kematu kaki beratur tunggu turn ye dak ?



lepas tu , singgah tokong kek lok see dan rumah p. ramlee . tokong tu macam biasalah ade batu - batu binaan tu . rumah dia kecil je kat tepi tu tapi maintainance dia bagus sebab rumah tu still elok dan cantik . both ni fee is free .



petang tu , even penat tapi nak juga pergi penang peranakan mansion . yang ni nak masuk ada fee , RM10 . dalam ni ada macam - macam history of baba nyonya like hiasan , barangan , pakaian , makanan dan macam - macam lagilah . siap ada tourist guide lagi yang terangkan satu - satu . * bayarkan * haha .


next is fort cornwallis . yang ni fee dia RM2 . dalam tu ada kubu dan meriam . zaman tok kadok penjajah dulu kan diorang guna tempat ni jadikan kubu pertahanan .


dah alang - alang sampai kat padang kota ni , ape salahnya kalau isi perut ni dengan sedikit pencuci tali perut kan . haha . so dekat sini memang ade foodcourt yang pemes ames tu . macam - macam ade boleh pilih ikut selera anak tekak sendiri ye . sambil tu boleh la hirup angin laut dan baunya . haha .




malam tu we all went to masjid terapung for isyak prayers . yang ni parent kawan aku yang drive bawa kitorang pergi sana . and first time aku tahu penang ada masjid terapung , ingatkan kat terengganu je yang ada . haha . lepas tu ada singgah makan dekat aku pun lupa nama tempat tu tapi quite famous lah jugak .


hari ketiga , still do the same routine keluar awal pagi dan terus menuju ke komtar . tempat ni kan yang paling famous kat penang . ada office dan shopping mall .


sebabkan semalam lalu masa gelap , pemandangan malap je , esok tu tergedik - gedik nak pergi gurney lagi sekali . haha . padahal ada laut je kan . tapi , tetap nak tengok lagi sekali .


bila dah tengahari , perut pun berbunyi , aku requested kat diorang untuk makan kat nasi kandar line clear . haha . nafsu harus demand ! sangat sedap ye nasi kandar kat sini dan banyak . aku yang kuat makan ni pun rasa tak mampu nak habiskan .



tak complete kan kalau datang satu tempat then tak beli nothing . so as buahtangan , we decieded to buy jeruk madu pak ali dan biskut tambun . dua - dua benda ni tak boleh dapat kat tempat lain accept kat penang sahaja . jeruk ni paling famous . dia punya main branch dekat jalan chowrasta betul - betul depan balai polis . this one is jeruk madu okay .


yang biskut tambun ni pulak , asalnya biskut cina dan aku taktau apa namanya dalam chinese . haha . tapi telah dibuat oleh bumiputera . hanya 1 jenama ni je yang orang melayu buat biskut ni . biskut ni pulak nak cari punyalah susah . ada kat tanjung kafe sebelah jeti tu haa . kedai ni je yang jual . oh mak jauh mencanang kitorang cari benda ni . haha .


tak lupa juga aku telah sempat membuang masa di queensbay mall gara - gara nak habiskan masa sebelum balik .

yang bestnya sebab aku dan seorang lagi kawan aku telah pun membuat muka tak berapa nak malu dengan tumpang tidur di rumah seorang kawan kami ni . tambah pula pergi penang naik kenderaan awam iaitu bas . so , nampak tak kat situ we cut the cost for penginapan , makanan and of course transportation . ni adalah salah tu cara nak berholiday tapi dengan bijak dan berhemah . hehe .

pen - off .

NOTA KAKI : aku cuma tepekkan sikit gambar je dalam ni sebab ni pun dah buat entry aku terlampau panjang . gambar - gambar lain yang beriban tu aku upload dalam main fb aku ye .

20121126

Monday Quote #6


people will hate you , rate you , shake you , and break you . but how strong you stand is what makes you .

pen - off .

20121117

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) II


beberapa bulan lepas aku telah pun berPBS buat kali keduanya . tapi , baru harini aku nak update kat blog . memang sengaja nak membasikan cerita . haha . kali ni aku buat PBS dekat sekolah dekat rumah jugak lagi , iaitu SK Sungai Rokam . bukan sekolah rendah aku dulu ye . yang bezanya , kali ni aku tak buat sorang - sorang macam dulu lagi dah . sebab ? okay , memang bosan kalau buat PBS sorang . haha . * hanya aku yang paham kenapa *






this time one of my classmate teman aku . tapi , ade teman pun still bosan lagi . aku taktau kenapa . tengok orang lain buat pbs macam best , tapi aku tetap tak best . hari - hari tidur je . cukup masa , bangun makan pergi jamban . haha . lepas dah taktau nak buat ape , pusing 1 sekolah buat tawaf . nyaris nak tidur kat libraray sebab takde orang . haha . bagus kan ? ni la yang aku buat untuk hari isnin dan selasa .


this time cuma once a masuk kelas , pada hari rabu . tu pun masuk bukan sebab untuk mengajar ke jaga kelas ke ape . tapi , tengok how the class flow . masuk kelas year 1 with the kssr standard . yes . sekarang kan dah tukar , mana ade kbsr lagi dah . yang ade tu pun nak habiskan . kssr ni dia lain sikit .



so far , yang aku nampak , tak senang nak jadi cikgu . sebab , contohnya macam ni , bila ajar 1 kelas dah faham . tiba - tiba ada pulak sorang tak paham yang ditahap teruk . nak ajar yang sorang tu , yang lain jadi mangsa . kalau tak ajar karang , ketinggalan pulak . dan tak senang nak kawal kelas tu . * kalau aku , mau aku jerit suruh diam . haha *

next , on khamis ada sambutan hari kemerdekaan . mula dari pagi sampai waktu rehat . bila budak kecik ni , cara sambutnya pun lain kan . tak boleh nak sambut macam budak besar . first , nyanyi lagu  ( negaraku , jalur gemilang , 31 ogos ) . then ade ceramah sikit tu pun tak sampai sejam sebab bebudak kecik ni tak boleh lama - lama . diorang taknak dengar . kalau lama mula bising sebab bosan .




pen - off .

NOTA KAKI : semoga pbs aku lain kali tak bosan macam neh lagi dah . haha . hopefully .

20121113

untitled


sorry sangat dekat engkau ye cik blog . sebab dah terlampau lama aku tak update rasenya . dah 2 bulan lebih aku  biarkan kau berhabuk - habuk bersawang segala bagai . bukan aku lupakan blog ni , cuma keadaan tu yang tak mengizinkan aku nak buat macam tu . ada kekangan yang menghalang aku untuk buat seperti itu . apa dia ? biarlah jadi rahsia aku . haha . aku terlampau busy dengan hectic life aku . things came and go . settle down so many things . i need to do that . aku mesti buat .

even though now , life aku still not stable but it comes more better than before . * aku rasa * . sebab , aku dah semakin kenal dengan diri aku sendiri . aku dah semakin paham mengapa setiap benda yang jadi tu . aku dah semakin cuba mengerti setiap yang aku lalui . yelah , langit tak selalunya cerahkan . kadang - kadang ada benda yang kita tak jangka akan jadi . tapi , percayalah ada hikmahNya .

cuma 1 benda yang aku perasaan , Allah akan uji kita dengan macam - macam masalah . lepas 1 , 1 lagi yang lain pula akan datang . kita tak boleh nak lari . bila kita minta Allah bagi kita kuat , Allah akan uji kita lagi sebab nak buat kita lebih kuat . mungkin kita tak nampak . sebab tu orang selalu cakap , Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita minta .

yes ! i admit it !


Tidak ada tertimpa sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah . Dan sesiapa yang beriman kepada Allah , nescaya Dia ( Allah ) akan memberikan petunjuk kepada hatinya . Dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim ( Maha Mengetahui ) .
Surah al-Taghabun (64 : 11)

semoga Allah akan teruskan kuatkan aku untuk lalui ujian yang ini pula . moga ada jalanNya .

pen - off .

20120827

Monday Quote #5


There are two ways to live your life . One is as though nothing is a miracle . The other is as though everything is a miracle .

pen - off .

20120826

ceritera AIDILFITRI 2012

kumpul punya kumpul , dah seminggu pun raye . harini je dah masuk 8 syawal . bagus tak bagus lah jugak aku ni kan . haha . dari 1 syawal aku kumpul semua cerita sebab nak letak dalam 1 entry saje . pemalas kan aku ? pedulikan janji aku bahagia . haha .

sebelum raye , aku rase raya dan puasa tahun ni paling tak best untuk aku . sebab ? sebab aku rasa macam tak fun macam tahun lepas . puasa tapi tak mampu nak kawal emosi . aku diuji dengan macam - macam benda . sampai aku sendiri rase dah tak mampu nak face it . orang shopping aku tak shopping . orang happy aku moody . orang buat kueh , aku makan kueh lepas buka .

sebelum mukadimah aku jadi lagi panjang , baik aku mulakan cerita raya aku ye dak ?

1 syawal . seperti biasa bangun pagi - pagi , mandi solat sunat hari raya , makan - makan mulalah sesi bermaaf - maafan . tapi , aku rase lebih kepada sesi mintak duit raye jek pun sebenarnya . haha . kemudian , adelah sikit sesi bergambar .




kemudian , adalah ziarah beberapa rumah makcik sebelah mak aku yang mana rumah mereka semua terletak kat sekeliling rumah aku jugak . haha . sekampung lah senang cakap . petang tu , balik kampung sekejap sebab nenek aku nak lepas rindu kat anak - anak saudara dia .

2 syawal sampai 4 syawal . aku duduk dekat rumah sahaje . tak keluar ke mane pun . sebab ? sebab menuggu orang datang . tak putus - putus dari pagi sampai ke malam . nasib baik lah jugak tengah malam takde yang datang kan . kalau tak , mau aku kunci pintu rumah aku tu . haha . siap ada makan besar lagi . sebab rumah aku dah jadi macam kampung . bila raya semua balik sini .


5 syawal . classmate aku kahwin weh ! eh bukan classmate dekat maktab neh , tapi classmate aku zaman sekolah menengah dulu . jangan tak percaye ye . walaupun di usia muda tapi ni hakikatnya  . haha . lepas dah attend kenduri tu , aku pun berdating dengan bestie aku . * nanti , aku update dekat entry lain pasal neh *

6 syawal sampai 8 syawal . aku duduk kat rumah lagi sekali sebab berehat sepenuh masa . haha . malas nak ke mana - mana . ni semua gara - gara kawan aku yang suruh aku datang rumah dia beraya , tapi tau - tau dia dah sampai kedah . nampak tak permainannya ? haha .

pen - off .

NOTA KAKI : tak banyak tangkap gambar raya sebab lupa nak buat semua tu . haha .

20120823

dear YOU

dear YOU , ade banyak benda yang aku nak kau tau . terlampau banyak sampai aku tak boleh nak ungkapkan semuanya dalam words . sebab ? sebab aku bukan penulis lirik , aku bukan penulis skrip , aku bukan pelakon dan aku juga bukan pengarah drama . aku cuma aku , insan biasa yang punye hati dan perasaan .

aku keliru . keliru dengan diri sendiri , keliru dengan diri kau . keliru dengan segalanya . keliru antara kehendak , keperluan , impian , harapan , kenangan , janji dan hakikat . sejujurnye , aku dah tak kuat . aku dah tak segagah aku yang dulu . mungkin aku tetap aku , tapi aku bukan lagi aku .

ade benda yang kau perlu tau , yang aku semakin sedar . mungkin selama kita kenal ni , aku tau dah terlampau banyak silap yang aku buat . kerana aku cuma insan biasa yang tak boleh nak lari dari buat silap . kesilapan yang aku lakukan tanpa sedar mahupun sengaja . tu aku tak pasti . tapi , aku bukan sengaja . aku tak minta , tapi ia jadi .

mungkin aku cuba nak betulkan balik semuanya . mungkin aku cuba nak putarkan balik mase . tapi , aku sedar aku tak mampu nak betulkan . sebab ? sebab aku tak mampu nak buat sorang diri . aku perlukan bantuan kau . mungkin usahaku cuma sia - sia . mungkin seperti kata kau , semuanya dah terlambat . aku masih terus mencuba untuk perbetulkan dengan harapan setinggi gunung . cuma aku akan terus usaha .

makin lame kita makin jauh . makin lama kita jadi makin rumit . makin lama makin banyak syarat yang wujud antara kita . makin lama makin timbul macam - macam . sebab kita berdendam . kita pendam semuanya . kita tak jujur . kita penipu . kita tipu hati kita . kita tak jujur dengan segalanya . kita ego . api kalau dengan api tak kan padam tapi makin marak . kita tak nak mengalah . kita cuba hancurkan bukan betulkan .


sekali aku buat salah , tak bermakna selamanya aku akan buat salah . sekali aku tipu tak bermakna aku akan selamanya menipu . kenapa aku pernah menipu ? kerana aku terpakse . pernah aku diberi peluang ? pernah aku diberi kebenaran untuk berkata tidak ? pernah aku diberi pilihan ? pernah aku diminta membuat keputusan sendiri ? pernah ? kenapa perlu nak menghukum aku ?

sejujurnya , bukan aku seorang yang melakukan kesilapan . kau juga begitu . kerana ? kerana kau seperti aku , manusia biasa . manusia yang cuma tahu menghargai diri sendiri tanpa memikirkan perihal orang lain walau sesaat .

aku juga pernah disakiti , tapi aku belajar mengubati . aku juga pernah ditipu , tapi aku cuba untuk percaya . aku juga pernah dikhianati , tapi aku cuba melupakan . aku juga pernah terluka , tapi aku cuba bertahan . aku juga pernah dihina , tapi aku cuba untuk terus berdiri . aku juga pernah mengalami semuanya seperti ape yang kau alami , antara sedar dan tidak . tapi , aku tak pernah mempermainkan ape - ape .

dulu , kau yang bawa aku balik ke alam nyata . kau yang sedarkan aku . kau yang ajar aku memaafkan . kau yang teman aku melupakan . kau yang minta aku cuba . tapi , kini ? kau yang bawa aku balik ke sana . kau tolong aku ulang benda - benda yang aku cuba jauhkan selama ni .

dulu , kita ketawa bersama . bergambar bersama . kita bergurau . kita menghina 1 sama lain . kita pernah berjanji . kita juga pernah menangis bersama . sebab ? sebab kita kongsi segalanya . sebab kita faham . sekarang , kau keras ! kenapa ?

walau sekeras mane pun hati kau , sekasar mane pun kau dengan aku , sekejam mane pun layanan kau dekat aku , aku tahu . aku tahu ape yang ade dalam hati kecil kau tu . mungkin kau boleh tipu aku , kau boleh nafikan segalanya depan aku . tapi , hati kau tak boleh tipu hati aku . aku dapat rase . hati aku selalu bagitau aku .

aku bukan ahli nujum . aku tak mampu nak paham ape yang tersirat . aku tak mampu nak meneka ape yang ade dalam hati kau . aku tak mampu nak berfikir seperti kau fikir . aku taktau ape yang kau perlukan kalau kau tak minta . aku tak tau ape yang kau nak kalau kau tak cakap . kau patut tahu tu .

aku rindu rase dihargai . aku rindu rase diperlukan . aku tak minta pujian melambung buat diriku , kerana aku tahu itu dusta . aku tak pinta ditinggi - tinggikan , cukup sekadar tidak direndahkan . aku tak tagih simpati . aku tak mohon dijulang - julang , cukup sekadar disebelah . aku rindu masa yang dulu . aku rindu untuk berada pada layar yang dulu , menjadi pelakon yang membawa senyumam bukan tangisan . kalau aku boleh putarkan mase , aku akan buat . aku rindu segalanya !

pen - off .

NOTA KAKI : segala yang tercatat adalah benih rase dari hati kerana aku bukan seorang copy - cat . harini cukup 1 tahun .

20120819

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

rase macam baru semalam puasa , hari ni dah nak raye kan  yeng ! okay , memang macam budak - budak . haha .

sedar tak sedar , pejam tak pejam . celik tak celik , kita dah habis ramadhan . dah masuk syawal pun . eh , silap . bukan dah nak tapi dah masuk pun . sebelum puasa hari tu memang rase lame , ni dah habis , macam tak rase ape pun kan .

semoga ramadhan yang lalu bawa seribu makna untuk kita semua . semua berjaya mentarbiah kan diri ni . semoga pintu kemaafan masih terbuka . semoga keadaan menjadi lebih baik dari yang dulu . semoga adanya perubahan .

and for this syawal , tahniah untuk semua umat Islam sebab dah berjaya melalui ramadhan . berjaya tahan nafsu makan minum dan so on .


bagi yang raye kat kampung , selamat pulang ke kampung halaman ye . yang raye dekat rumah tu pun selamat hari raya jugak .

tak kira beraya kat mane pun , yang penting hari tu kan .

pen - off .

NOTA KAKI : buat kad raya dan type entry kelam kabut so tak put all effort . tapi , takpelah janji ade jugak kan .

20120816

randomness


i may not always be by your side ,
but my prayers will be with you .
i may not always help you ,
but deep inside you know i want to .
i may not always do what you like ,
but i will do the best i can .
i may not always understand ,
but we can still walk hand in hand .
i may not be the perfect one ,
i may not be the best out there ,
but in spite and despite all these ,
you can be sure somebody cares ! 

pen - off .

20120811

the time , REDHA

bila keadaan dah jadi macam ni , aku rase betul - betul dah sampai masenye . sebab ? jauh mane pun aku nak lari kenyataan tu tetap takkan berubah . dalam mane pun aku cube nak sorokkan diri , aku tetap akan kelihatan . macam mane aku nak nafikan pun , benda tu tetap hakikat . aku takkan boleh nak ubah ape - ape lagi dah . cume nak face it atau pun taknak .

aku sedar mungkin semua ni salah aku . mungkin semuanya memang berpunca dari aku . mungkin aku lalai sangat dengan kesenangan yang aku dapat selama ni . mungkin aku lupa diri . tapi , percayelah , setiap benda tu ade sebabnya . aku bukan sengaja nak mengubah sesuatu benda tu .

mungkin dah banyak sangat benda yang aku buat selama ni . ni masenye ! masenye yang Allah nak tunjuk kat aku , ape yang aku buat selama ni salah . Allah nak bagitau aku sudah - sudah lah tu . aku tak boleh terus hidup dalam dunia aku . aku tak boleh terus hidup macam neh . ni bukan realitinya , tapi cuma impian aku saje .


mungkin selama ni banyak sangat benda yang aku simpan sorang - sorang . tapi , aku bukan sorang . aku tau Allah tau ape je yang ade dalam hati aku ni . walaupun , aku tak luahkan tapi Dia tau . aku tak nafikan semua tu . walau aku tak merintih Dia tetap tau ape yang aku pendam . walau aku tak merayu , Dia tetap tahu ape yang aku minta . walau aku tak tagih , Dia tetap tahu ape yang aku perlu . Dia tahu ape yang Dia susun untuk aku ni lah yang terbaik untuk aku . aku tak salahkan Dia .

aku percaye semua benda yang jadi tu ade hikmahnye . cume bezanye aku nampak dengan tak nampak jek .  hikmah tu memang ade , tapi kadang - kadang aku lambat perasan . mungkin aku nampak kuat , tapi sebenarnye , tak ! aku tak kuat macam tu . aku bukan robot yang takde hati . aku juga insan seperti yang lain punya hati dan perasaan .

aku sendiri taktau macam mane aku boleh jadi sekuat ni . aku tak pernah terfikir yang aku boleh jadi segagah sekarang neh . aku tak pernah jangka ni diri aku sebenarnye . aku tak pernah bayangkan aku boleh jadi macam aku yang sekarang neh . aku tak minta , tapi aku jadi .

pen - off .