hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20130123

difference

manusia ni memang dah diciptakan oleh Allah berbeza - beza . yang paling ketara kita nampak ialah kita diciptakan berbeza . ada lelaki ade perempuan . lepas tu berbeza dari segi luaran macam rambut , tinggi , warna kulit dan lain - lain . tu yang paling ketara lah . haha . ade yang sikit - sikit beza tu korang cari sendiri jelah ye .

orang tua - tua selalu cakap , rambut sama hitam tapi hati lain - lain .

indeed ! kita manusia ni bila tengok dari luaran memang nampak sama , tapi sebenarnya setiap individu tu jauh berbeza . dari aspek luaran kita semua ada ciri luaran yang nampak sama . ada mata , hidung mulut kaki tangan . tapi , dalaman tu berbeza . sangat jauh berbeza . nak describe satu - satu memang susah sebab benda ni abstrak , kita tak nampak . kebiasaannya , tuan punya diri je yang tahu macam mane diri dia luar dan dalam .


kadang - kadang kita selalu lupa yang orang lain tak sama macam kita . kita ingat semua orang , sikap dan perangai dia macam kita . kadang - kadang kita lupa yang keperluan dan kehendak orang lain tu sama sekali berbeza dengan kita . bila kita terlampau memikirkan diri , hati dan perasaan kita , biasanya kita akan terlupa pasal orang lain .

kita selalu harap orang faham kita , tahu ape yang kita nak , beri ape yang kita perlu , layan kita seperti yang kita minta . hakikatnya , kita takkan dapat semua tu . sebab ? kerana mereka bukan kita ! maka , mereka juga tak boleh rasa seperti apa yang kita rasa .

disebabkan terlalu taksub dan fanatik dengan kesamaan , maka kita lupa pada perbezaan . bukan setakat orang lain tidak mampu memahami kita . tapi , kita sendiri tidak mampu untuk memahami orang lain . kita juga tak mampu nak beri semua yang orang lain perlukan . 

kadang - kadang , kat situ akan ada jiwa dan hati yang terkorban .

ni permainannya . bila berbeza , segalanya akan berbeza . matlamat juga berbeza . pasti ada yang kalah dan pasti ada yang menang . equal jarang berlaku melainkan persefahaman dan kesepakatan boleh dicapai melalui perbezaan tu . kecuali , ada hati dan jiwa yang mampu memahami perbezaan .

andai kata , hanya satu jiwa dan hati yang paham , tetapi tidak untuk satu lagi , lama mana hati dan jiwa tu mempu bertahan ? hasilnya , diri sendiri terluka demi melihat kebahagiaan orang lain ataupun orang lain terluka melihat kebahagiaan diri kita .

jadikan perbezaan yang wujud antara kita itu sebagai satu medium untuk saling melengkapi .

pen - off .

0 comments: