hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20120823

dear YOU

dear YOU , ade banyak benda yang aku nak kau tau . terlampau banyak sampai aku tak boleh nak ungkapkan semuanya dalam words . sebab ? sebab aku bukan penulis lirik , aku bukan penulis skrip , aku bukan pelakon dan aku juga bukan pengarah drama . aku cuma aku , insan biasa yang punye hati dan perasaan .

aku keliru . keliru dengan diri sendiri , keliru dengan diri kau . keliru dengan segalanya . keliru antara kehendak , keperluan , impian , harapan , kenangan , janji dan hakikat . sejujurnye , aku dah tak kuat . aku dah tak segagah aku yang dulu . mungkin aku tetap aku , tapi aku bukan lagi aku .

ade benda yang kau perlu tau , yang aku semakin sedar . mungkin selama kita kenal ni , aku tau dah terlampau banyak silap yang aku buat . kerana aku cuma insan biasa yang tak boleh nak lari dari buat silap . kesilapan yang aku lakukan tanpa sedar mahupun sengaja . tu aku tak pasti . tapi , aku bukan sengaja . aku tak minta , tapi ia jadi .

mungkin aku cuba nak betulkan balik semuanya . mungkin aku cuba nak putarkan balik mase . tapi , aku sedar aku tak mampu nak betulkan . sebab ? sebab aku tak mampu nak buat sorang diri . aku perlukan bantuan kau . mungkin usahaku cuma sia - sia . mungkin seperti kata kau , semuanya dah terlambat . aku masih terus mencuba untuk perbetulkan dengan harapan setinggi gunung . cuma aku akan terus usaha .

makin lame kita makin jauh . makin lama kita jadi makin rumit . makin lama makin banyak syarat yang wujud antara kita . makin lama makin timbul macam - macam . sebab kita berdendam . kita pendam semuanya . kita tak jujur . kita penipu . kita tipu hati kita . kita tak jujur dengan segalanya . kita ego . api kalau dengan api tak kan padam tapi makin marak . kita tak nak mengalah . kita cuba hancurkan bukan betulkan .


sekali aku buat salah , tak bermakna selamanya aku akan buat salah . sekali aku tipu tak bermakna aku akan selamanya menipu . kenapa aku pernah menipu ? kerana aku terpakse . pernah aku diberi peluang ? pernah aku diberi kebenaran untuk berkata tidak ? pernah aku diberi pilihan ? pernah aku diminta membuat keputusan sendiri ? pernah ? kenapa perlu nak menghukum aku ?

sejujurnya , bukan aku seorang yang melakukan kesilapan . kau juga begitu . kerana ? kerana kau seperti aku , manusia biasa . manusia yang cuma tahu menghargai diri sendiri tanpa memikirkan perihal orang lain walau sesaat .

aku juga pernah disakiti , tapi aku belajar mengubati . aku juga pernah ditipu , tapi aku cuba untuk percaya . aku juga pernah dikhianati , tapi aku cuba melupakan . aku juga pernah terluka , tapi aku cuba bertahan . aku juga pernah dihina , tapi aku cuba untuk terus berdiri . aku juga pernah mengalami semuanya seperti ape yang kau alami , antara sedar dan tidak . tapi , aku tak pernah mempermainkan ape - ape .

dulu , kau yang bawa aku balik ke alam nyata . kau yang sedarkan aku . kau yang ajar aku memaafkan . kau yang teman aku melupakan . kau yang minta aku cuba . tapi , kini ? kau yang bawa aku balik ke sana . kau tolong aku ulang benda - benda yang aku cuba jauhkan selama ni .

dulu , kita ketawa bersama . bergambar bersama . kita bergurau . kita menghina 1 sama lain . kita pernah berjanji . kita juga pernah menangis bersama . sebab ? sebab kita kongsi segalanya . sebab kita faham . sekarang , kau keras ! kenapa ?

walau sekeras mane pun hati kau , sekasar mane pun kau dengan aku , sekejam mane pun layanan kau dekat aku , aku tahu . aku tahu ape yang ade dalam hati kecil kau tu . mungkin kau boleh tipu aku , kau boleh nafikan segalanya depan aku . tapi , hati kau tak boleh tipu hati aku . aku dapat rase . hati aku selalu bagitau aku .

aku bukan ahli nujum . aku tak mampu nak paham ape yang tersirat . aku tak mampu nak meneka ape yang ade dalam hati kau . aku tak mampu nak berfikir seperti kau fikir . aku taktau ape yang kau perlukan kalau kau tak minta . aku tak tau ape yang kau nak kalau kau tak cakap . kau patut tahu tu .

aku rindu rase dihargai . aku rindu rase diperlukan . aku tak minta pujian melambung buat diriku , kerana aku tahu itu dusta . aku tak pinta ditinggi - tinggikan , cukup sekadar tidak direndahkan . aku tak tagih simpati . aku tak mohon dijulang - julang , cukup sekadar disebelah . aku rindu masa yang dulu . aku rindu untuk berada pada layar yang dulu , menjadi pelakon yang membawa senyumam bukan tangisan . kalau aku boleh putarkan mase , aku akan buat . aku rindu segalanya !

pen - off .

NOTA KAKI : segala yang tercatat adalah benih rase dari hati kerana aku bukan seorang copy - cat . harini cukup 1 tahun .

2 comments:

ihsan nashi said...

wt novel je la.... shre nk?

nurulazitazailan said...

jaz. i think kita patot jumpe cepat. risau dah aku