hidup tak seindah mimpi, tak secerah mentari , tak secantik pelangi, tak sedamai angin, tak setenang laut.

20131122

Kem Pentauliahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah (KRS)

sejak aku buat prinsip baru dalam hidup aku , sebulan sekali mesti ade entry at least satu , maka aku gagahkan juga kerajinan aku untuk menaip. haha .

sebenarnya cerita ni dah lama tau, tapi since baru minggu ni aku ade free time , cuti sekolah pun dah bermula , so aku update la cerita ala - ala sekolah ni . nak imbau kenangan sem yang baru habis ni sebelum aku masuk sem baru tahun depan kan .

so , cerita ni macam ni , tahun ni kan , aku dah start kena ambil 1 paper kokurikulum , yang mana unit beruniform . tapi tak boleh pilih macam zaman sekolah dulu . kali ni diorang bagi ikut kelas je . so tak semena - mena aku dapat Kadet Remaja Sekolah (KRS) . sem sebelum ni kitorang dah belajar semua benda secara amali dan praktikal kat maktab .

sebagai nak penuhkan syarat sem ni , kitorang wajib ikut satu kem atau pun perkhemahan selama 4 hari 3 malam . kat kem ni , kitorang kena buat macam - macam ujian secara praktikal . kira based on yang dah belajar sem sebelum ni la kan .

perkhemahan kali ni buat kat D'Alam Damai Campsite , Chenderiang , Tapah . kem ni dekat dengan kem plkn . tapi kan , honestly , time datang je kem ni , rasa nak nangis weh . sebab tanah lapang ! lapang sangat dengan rumput dan pokok je . pastu ade pondok - pondok macam dah nak roboh yang diperbuat dari buluh . nasib ade 1 dewan terbuka kat tengah tu .

lepas sampai tu , kitorang dirikan khemah . rehat - rehat je hari first tu .

okay , masuk bab toilet . cuba korang bayangkan toilet dan shower dia buat pakai kanvas je ? balut kat tiang - tiang . air pula air gunung tadah dalam tangki air yang hitam tu . tandas ade pintu tapi takde lock . haha . sedih tak sedih ? tapi , ni la cabaran orang pergi kem kan .

so sepanjang kem ni kan , macam - macam ujian kitorang lalu . seperti kerohanian , kawad , orientaring , ikatan , pertolongan cemas , gajet dan paling best jungle tracking with masakan rimba .






hari keempat tu , dimulakan dengan raptai majlis penutup dan once vip tu sampai , terus mula . biasalah ade nyanyi lagu , ucapan sikit , dan paling best , penganugerahan pangkat tu ! pakat pasang kat bahu masing - masing .




nasib baik , semua lulus dan dapat LEFTENAN MUDA . kalau tak balik tu mesti ade yang panas hati . haha . bagi aku , mungkin aku akan sambung untuk peringkat yang seterusnya . eh !


SELAMAT BERCUTI !

pen - off .

NOTA KAKI : bila lambat update , biasanya aku lupa ape yang dah berlaku , so aku type ape yang aku mampu ingat jelah eh . haha .

20131024

Manusia - Aidzam



Manusia itu umpama lalang
Jika ditiup ke kanan
Ia pasti ke kanan
Jika ditiup ke kiri
Ia pasti ke kiri
Tidak tegak pada satu paksi.

Manusia itu umpama kain putih
Dilakar dicorak diwarna oleh pengalaman
Jika lurus jalannya putih warnanya
Jika bengkok jalannya hitam warnanya
Jika lubang jalannya tompok kainnya
Kain tidak selalunya kekal putih.

Manusia itu umpama jelmaan bagi sesuatu
Mampu menjadi pemadam memadam segala kesedihan
Mampu menjadi lilin menerangi segala kegelapan
Mampu menjadi pensil melakar segala kenangan
Mampu menjadi belon mewarnai segala kebahagiaan
Juga sebuah pisau yang menghiris derita.

Punya lima angan-angan
Punya empat impian
Punya tiga rasa
Punya dua hati
Punya satu hakikat
Manusia tetap manusia. 

oleh : aidzam



NOTA KAKI : aku sengaja post benda ni harini sebab harini hari paling bermakna untuk hidup aku . hari di mana aku akan ingat selamanya . hari pertama aku  buka mata aku , melihat dunia 21 tahun yang dulu . sebagai hadiah , aku abadikan catatan aku di sini . pertama kali aku berkarya , yang dimuat naikkan ke dalam zine . aku berkarya bukan kerana minat , tapi kerana aku catat ape yang aku rasa .